Pernahkah anda berada di situasi yang mana anda mengetahui kenderaan yang ditumpang anda adalah kereta baru disebabkan kehadiran baunya yang unik?

Sebilangan orang sangat menyukai baunya sehingga mereka membeli penyegar udara wangi kereta baru untuk menghidupkan kembali detik pertama mereka dengan kenderaan kesayangan mereka.

Tetapi adakah anda pernah tertanya-tanya apa yang membuat bau kereta baru itu ada dan benarkah bau ini boleh itu membahayakan kesihatan?

Dari Mana Bau Kereta Baru Datang?

Bau kereta baru sebenarnya terdiri daripada campuran bahan kimia yang terkandung dalam pelbagai ciri dan komponen dalaman yang dipasang pada bahagian kenderaan.

Sebilangan komponen ini mengeluarkan sebatian organik yang mudah menguap (VOC) yang menghasilkan bau yang biasa. Ini kebanyakannya berasal dari pelarut berasaskan petroleum dalam plastik dan vinil yang mana ia dianggap sebagai pencemar udara.

Untuk pengetahuan anda, di China, sebuah jenama kenderaan terkemuka iaitu Ford pernah didakwa yang mana mereka hadir dengan bau kereta yang mengganggu kepekaan pemandu kenderaan China.

Sementara Volkswagen pula hadir dengan sebuah bahagian yang bertugas untuk mencari solusi untu membuat bau yang tepat yang menarik bagi para pembeli.

Nampaknya, isu bau kereta baru ini bukanlah sesuatu yang biasa. Ia merupakan salah satu komponen penting dalam penghasilan kereta yang mana boleh menjadi salah satu faktor pembelian dalam kalangan individu di sesebuah negara.

Adakah Bau Kereta Baru Memudaratkan Kesihatan?

Ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bau kereta baru ini boleh menyebabkan sakit kepala dan alahan. Hal ini kerana, ia mengandungi bahan kimia seperti Ethylbenzene dan formaldehid.

Setakat ini, tiada sebarang kajian yang menunjukkan bahawa bahagian dalaman kereta baru boleh memudaratkan kesihatan.

Jadi, bagi anda yang ingin mengekalkan bau kereta baru, anda boleh menjaganya atau mengekalkannya dengan menutup pintu dan tingkap sekerap mungkin. Ini bukan sahaja memerangkap bau di dalam kereta, tetapi suhu yang lebih tinggi akan mengekalkan bau sedikit lebih lama.

Sumber: CNBC , First Time Driver