Carian
Koleksi Penjagaan Kulit Sephora Yang Diperbuat Dari Timun, Buah Markisa
June 18, 2021 Lina Rosli

Walaupun sepanjang tempoh pandemik ini anda banyak menghabiskan masa duduk di rumah, ia tidak bermaksud anda harus mengambil mudah rutin kecantikan harian anda.

Hal ini kerana, ini adalah waktu untuk anda memperkukuhkan rejimen penjagaan kulit anda  disamping mempersiapkan diri dengan aktiviti lain.


Jadinya, pastikan anda mulakan hari anda dengan melakukan penjagaan kulit menggunakan koleksi penjagaan kulit berwarna-warni dari koleksi Sephora. Ia memperlihatkan produk yang diperbuat daripada tumbuhan dan buah-buahan yang menawarkan faedah yang lumayan untuk kulit sekaligus memberikan hasil kulit yang lebih halus dan cerah.

Antara tumbuhan dan buah-buahan yang digunakan termasuk timun, buah markisa, buah kelapa, buah tembikai, matcha,  limau gedang dan banyak lagi.

Di dalam koleksi ini, anda boleh mendapatkan:

  • Sephora Collection Colorful Vitamin Face Mask pada harga RM21
  • Sephora Collection Vitamin Mask pada harga RM59
  • Sephora Collection Vitamin Tonic Lotion pada harga RM48

Dengan kesemua produk ini, anda boleh mendapatkan penghidratan untuk kulit yang merangkumi vitamin C, E dan B3 yang berfungsi dalam mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit kelihatan lebih berseri. Selain itu, ia turut diperkaya ekstrak tumbuhan yang mengandungi 96% bahan semula jadi untuk merasa kulit yang lebih segar.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Sephora atau anda boleh mula membuat pembelian secara atas-talian atau rangkaian berdekatan hari ini. 

Komen