Baru-baru ini, berlian 1,098 karat telah ditemui di Botswana yang mana ia merupakan satu daripada tiga berlian yang pernah didapati di negara berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, Botswana adalah sebuah negara kecil yang bersempadan dengan Afrika Selatan. Kedudukan geografinya adalah bersifat rata selain 70% daripada kawasan di Botswana dilindungi oleh Gurun Kalahari. Disebabkan itu, negara ini tidak mempunyai hasil pertanian yang banyak.


Sebelum ini, berlian sebesar 1,109 yang dinamakan Lesedi La Rona pernah menjadi sorotan orang ramai. Ia dijumpai oleh firma Kanada Lucara Diamond di lombong Karowe yang juga di Botswana pada tahun 2015. Ia kemudiannya dijual pada tahun 2017 kepada tukang emas mewah Graff pada harga $53 juta.

Manakala pada tahun 2019 pula, satu berlian lain yang lebih besar turut ditemui di Botswana. Berlian dengan saiz 1,758 karat ini pula telah dibeli oleh jenama mewah dari Perancis iaitu Louis Vuitton pada tahun 2020 dengan jumlah yang tidak didedahkan.


Menerusi akaun Twitter rasmi Kerajaan Botswana, ia mengatakan yang mana menulis bahawa hasil daripada penemuan berlian ini, ia akan digunakan untuk memajukan pembangunan nasional di negara Botswana

Apa yang menarik mengenai Botswana juga, negara turut hadir dengan lombong berlian yang dinamakan Jwaneng. Ia telah dibina dan dibuka pada tahun 1982 yang mana telah menghasilkan antara 12.5 juta hingga 15 juta karat berlian setahun.

Sumber: CNN, Survival International