Seperti yang anda ketahui, Maybank telahpun hadir dengan satu inisiatif yang menampilkan ruang berjual beli yang dinamakan Maybank Sama Sama Lokal.
Ia adalah tempat yang menghimpunkan para penjaja tempatan di seluruh Malaysia. Bukan sekadar merangkumi penjualan makanan dan minuman, malah ia turut hadir dengan produk lain seperti kecantikan, kesihatan, barangan runcit, fesyen, peranti dan gajet serta perkakas rumah.

Anda boleh mendapatkan segala keperluan dari kedai-kedai berdekatan tanpa perlu risau akan kos penghantaran. Ia kerana untuk pembelian dengan jarak sehingga 10 km dari gerai terpilih, Maybank akan menanggung caj penghantaran dengan potongan RM10 ke atas tempahan.
Setakat ini, pihak Maybank telah bekerjasama dengan platform DelyvaNow untuk perkhidmatan penghantaran seperti Grab Express, Lalamove, Mr Speedy dan beberapa lagi.
Cara untuk mula berniaga di Maybank Sama-Sama Lokal
Bagi anda yang berminat untuk mula berniaga di dalam Maybank Sama-Sama Lokal, berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti untuk mula mendaftar:
1. Layari laman rasmi Maybank2u dan klik Marketplace pada bahagian bawah laman web. (Pautan: maybank2u)

2. Kemudian, tekan ‘Sign Up As A Merchant’
3. Anda akan diminta untuk mengisi beberapa maklumat peribadi dan juga perniagaan anda.

4. Selesai mengisi maklumat, anda akan diminta untuk memilih sama ada anda mempunyai akaun kod QR Pay dan juga dompet digital Maybank.
Anda tidak perlu risau sama akan pembayaran awal kerana tidak caj yang dikenakan keatas kedai berdaftar, malah ia juga menyediakan perkhidmatan penghantaran yang terpilih.