Carian
cara penyediaan teh panas yang betul
June 19, 2021 niza azura

Teh
sering saja menjadi pilihan dikalangan rakyat Malaysia sebagai minuman diwaktu
santai mahupun dalam sesuatu acara formal.

Tetapi, adakah anda benar-benar memperoleh khasiat sebenar dari
secawan teh tersebut?

Teh berkualiti akan dapat
dinikmati sekiranya proses penyediaan teh tersebut dilakukan dengan
cara yang sesuai.

Cara menyediakan minuman teh yang betul.

1. Sangat penting untuk anda menyimpan teh anda diruangan yang kering.

2. Tuang separuh air panas ke dalam cawan mahupun teko, goncang sedikit bagi memastikan air panas terkena pada setiap ruangan. Biarkan seminit dan buang air tersebut. Ianya bagi memastikan suhu didalam ruang tersebut dalam keadaan hangat seterusnya memudahkan lagi proses bancuhan serbuk teh. Selain daripada itu,air panas juga dapat membasmi kuman didalam perkakas anda.

3. Terpulang kepada anda untuk meletakkan sebanyak mana teh didalam minuman anda. sekiranya anda menggunakan teko, adalah sesuai untuk meletakkan dua sudu besar teh ataupun dua uncang teh sudah memadai. sekiranya anda hanya inginkan secawan teh, satu sudu besar sahaja sudah memadai.  sekiranya menggunakan uncang teh, seuncang lebih baik.

4. Menggunakan air yang telah ditapis dan panaskan air tersebut sehingga mendidih. Masukkan air kedalam teko mahupun cawan anda yang telah dicampur serbuk teh. Penggunaan air bertapis adalah untuk memastikan air and belum kehilangan oksigen.

Sedia untuk dihidang!

Komen