Selepas hadir dengan ayam edisi terhad seperti Zesty Crunch pada Ramadan yang lalu, KFC kali ini kembali lagi dengan pilihan rasa ayam yang baharu iaitu KFC Balinese Crunch.
Untuk menu baru ini, ia menampilkan ayam yang diperap dengan pelbagai herba dan rempah yang memberikan rasa yang unik pada lidah.
Menurut KFC, ayam ini yang disaluti dengan rasa dan kesegaran dari daun limau purut, ditambah lagi dengan wangian serai, bawang merah dan juga dilengkapi dengan pes udang.

Sudah tentu, ia akan menawarkan rasa asli berempah pedas, masam, manis dan masin pada setiap gigitan.
Bagi anda yang ingin mendapatkannya, ia ditawarkan di semua rangkaian restoran KFC ataupun pesanan melalui aplikasi KFC di Malaysia mulai 22 Jun 2021. Anda boleh menikmati set Kombo 2 Ketul, Kombo 3 Ketul dan juga Box Meal pada harga bermula RM15.99.
Jangan lupa, bersempena perlaksanaan PKP ini, pesan makanan anda di KFC Delivery, ataupun perkhidmatan penghantaran GrabFood dan FoodPanda sebelum jam 7.30 malam.