Amphetamine atau Amfetamin adalah ubat perangsang sistem saraf pusat yang digunakan untuk merawat gangguan hiperaktif kekurangan perhatian atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan narkolepsi.

Menurut MyHealth, ia merupakan sejenis dadah yang kini banyak disalah guna dalam perubatan yang mana boleh didapati dalam bentuk seperti serbuk pelbagai warna, kapsul pelbagai warna dan kristal atau ais.

Secara amnya, Amphetamine disenaraikan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 yang diharamkan pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaannya.


Penyalahgunaan Amphetamine

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu berkaitan penyalahgunaan Amphetamine dalam kalangan individu.

Berdasarkan laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), jumlah penagih Amphetamine dan produk berkaitannya adalah yang tertinggi selepas heroin, morfin dan ganja. 

Selain di ambil secara terlarang, ada juga beberapa produk pelangsingan badan keluaran tempatan yang menggunakan bahan ini. Hal ini kerana, Amphetamine dikatakan boleh menurunkan berat badan dengan cepat melalui proses mengurangkan selera makan.

Bukan itu sahaja, bagi anda yang tidak mengetahui, pengambilan Amphetamine secara berlebihan boleh mengakibatkan risiko yang tinggi sehingga boleh menyebabkan strok atau kematian.

Oleh itu, anda diingatkan dan dinasihatkan agar berwaspada dengan produk pelangsingan bada yang berada dalam pasaran.


Nama Lain Untuk Amphetamine

  • Amphetamine: Speed, whiz, uppers, goey, louee
  • Methylamphetamine (pepejal): Meth, speed, uppers, Chalk, Yaba, rabbit, pep pills
  • Methylamphetamine (cecair): Leopard’s blood, ox blood, red speed or liquid red
  • Methylamphetamine (kristal): Syabu, ina, Hot Ice, glass, crystal, Batu.
  • MDMA: Exstasy, XTC, X, Adam, lover’s speed, Hug.
  • MDA: Mandy, MDA, Sass, Pink, Yop, Adam

Adakah selamat untuk memandu atau melakukan aktiviti berat apabila menggunakan produk ini?

Kesan paling biasa pengambilan produk yang mengandungi bahan ini adalaj anda akan berasa mengantuk, pening, tekanan darah menjadi rendah atau sakit kepala.

Oleh itu, anda perlu pastikan yang mana anda tidak mengambil produk ini jika hendak memandu kenderaan. Ahli farmasi juga menasihati agar sentiasa semak terlebih dahulu kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku pada badan anda apabila mengambil sesuatu produk kesihatan. 

Sentiasa berunding dengan doktor anda untuk cadangan khusus berkaitan keadaan kesihatan anda.

Sumber:  MyHealth