Carian
Diskaun Sehingga 90% Di Zalora Bersempena Big Fashion Sale
June 22, 2021 Lina Rosli

Dengar sahaja perkataan ‘diskaun’ sudah tentu akan membuatkan anda teruja. Hal ini kerana, ZALORA kini kembali dengan acara jualan atas-talian terbesar menerusi ZALORA Big Fashion Sale.

Bermula dari 24 Jun sehingga 30 Jun ini, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan tawaran promosi dan diskaun yang menarik untuk pembelian barangan fesyen anda.


Antara beberapa jenama yang turut menyertai sambutan besar-besaran ini termasuk Puma, Adidas, Trendyol, Calvin Klein dan banyak lagi. Tawaran yang disertakan adalah diskaun sehingga 90% dan juga baucar tambah untuk anda yang berbelanja banyak di Zalora.

Bukan itu sahaja, ia turut memperlihatkan diskaun sehingga 48% untuk jenama mewah, dan 25% untuk pakaian dibawah label Sustainable.


Anda juga berpeluang merebut pulangan tunai 15% ke atas pembelian yang dilakukan dan juga dapatkan hadiah misteri melalui penyertaan permainan Catch & Win di laman web dan aplikasi ZALORA.

Apa yang menarik, Zalora kini menawarkan transaksi tanpa faedah dan juga langganan bagi mendapatkan servis penghantaran pada keesokan hari (next-day delivery).

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Zalora bermula hari ini!

Komen