Jika anda perasan, apabila memakai getah di tangan, ia akan menghasilkan garisan merah pada bahagian pergelangan yang tertindih.
Bukan itu sahaja, terdapat juga keadaan apabila anda memakai stokin atau seluar dengan getah yang ketat, ia akan meninggalkan kesan merah dan gatal pada kulit.
Mengapa hal ini berlaku?
Untuk pengetahuan anda, pemakaian pakaian yang ketat untuk tempoh masa tertentu boleh menyekat aliran darah ke kawasan berkenaan.
Jadi, selepas anda menanggalkan pakaian ketat tersebut, anda akan mendapati yang aliran darah mula mengalir lebih lancar. Namun, lama kelamaan, anda akan berasa gatal pada pergelangan yang merah.
Penyebab Rasa Gatal Pada Bahagian Merah
Terdapat tiga faktor utama yang mungkin mendorong kepada kegatalan pada kulit.
Salah satunya diakibatkan oleh masalah kulit kering. Apabila baju atau getah bergeser dengan kulit, ia akan menyebabkan lapisan luar kulit menjadi tidak selesa dan memungkinkan sel kulit mati atau yang telah kering tertanggal sehingga menyebabkan rasa gatal. Oleh itu, anda disarankan untuk memakai losyen dan memastikan anda mengekalkan kelembapan kulit bagi.
Selain itu juga, kontak antara kain dan juga peluh yang boleh menyebabkan kerengsaan. Ia bukanlah alergi, namun reaksi kimia yang mungkin ada pada kain menyebabkan timbulnya kesan murah pada kulit dan boleh menyebabkan ruam.
Yang ketiga, kegatalan selepas memakai stokin dan pakaian ketat adalah disebabkan oleh folikel rambut yang tercabut akibat geseran.
Oleh itu, anda harus elakkan pemakaian stokin atau pakaian ketat jika anda mempunyai gejala ini. Anda juga dinasihatkan untuk memastikan anda membasuh pakaian anda dengan lebih kerap agar mengelakkan risiko kegatalan akibat bakteria.
Untuk mengurangkan rasa gatal, elakkan daripada menggosok atau menggaru pada bahagian merah. Anda boleh menggunakan kompres sejuk untuk menenangkan gatal ataupun menggunakan losyen calamine jika kesan merah dan gatal adalah terlalu teruk.
Sumber: Healthline