Semua orang memproses dan mempelajari maklumat baru dengan cara yang berbeza. Terdapat tiga pembelajaran kognitif utama iaitu visual, pendengaran (auditori) dan juga kinestetik.

Perbezaan gaya pembelajaran ini biasanya digunakan mengikut keselesaan dan kesesuaian seseorang individu.

Seperti pengalaman penulis sendiri, gaya pembelajaran gabungan jenis visual dan pendengaran adalah yang menjadi pilihan kerana ia menghasilkan

Tips Belajar Mengikut Gaya Pembelajaran

Sebelum mengetahui tips belajar untuk individu praktikkan mengikut gaya pembelajaran mereka, Tajria hari ini ingin berkongsi perbezaan antara individu dengan gaya pembelajaran visual, pendengaran dan kinestetik.

Individu Dengan Gaya Pembelajaran Visual

Bagi anda yang lebih memilih gaya pembelajaran visual, anda biasanya akan lebih banyak menggunakan perbentangan dan perbincangan yang melibatkan objek visual seperti grafik, carta dan gambar untuk melihat maklumat.

Kebiasaannya, individu visual ini dapat menggambarkan maklumat dengan mudah, mampu menghafal dan mengingat kembali pelbagai maklumat dan cenderung untuk melukis dan mencoret perkara yang diingati.

Malah, jika anda seorang yang hadir dengan kelebihan ini, anda juga boleh membaca bahasa badan dengan baik dan mempunyai kebaikan persepsi estetika.


Jadi, untuk anda menguasai atau belajar dengan lebih baik, perkara yang perlu anda lakukan adalah:

  • Ubah nota menjadi gambar, carta, atau peta minda dengan visual yang unik dan berwarna-warni.
  • Elakkan daripada belajar atau duduk dikawasan yang banyak gangguan seperti tingkap dan pintu. Ia kerana menyukarkan anda untuk fokus kepada perincian nota.
  • Gunakan kad flash semasa cuba mempelajari perbendaharaan kata.
  • Hadir dengan konsep atau jalan cerita yang berbeza untuk setiap peta minda atau carta anda. Sebagai contoh, anda melakukan konsep di dalam animasi kegemaran anda untuk topik yang berkaitan sejarah, manakala konsep lebih banyak ikon untuk topik berkaitan sains. Dengan ini, anda dapat membezakan setiap topik yang dicatat.
Individu Dengan Gaya Pembelajaran Auditori

Manakala untuk anda yang belajar melalui pendengaran, suara dan muzik adalah medium yang sesuai untuk belajar. 

Individu aural adalah pendengar yang baik yang biasanya belajar dengan baik melalui persembahan lisan seperti persidangan, ceramah dan pidato.

Mereka juga selalunya lebih senang diberitahu bagaimana melakukan sesuatu dan kemudian ringkaskan perkara penting dengan cara bercakap sendirian atau bercerita dengan individu untuk membantu mengingat.

Ada juga individu dengan gaya pembelajaran ini yang mempunyai bakat dalam muzik dan mungkin dapat menumpukan perhatianlebih baik dengan muzik lembut dimainkan di latar belakang.


Jadi, untuk anda menguasai atau belajar dengan lebih baik, perkara yang perlu anda lakukan adalah:

  • Rakam dan tonton video yang berkaitan dengan topik yang sedang anda pelajari. Kemudian, ulangi makumat tersebut dengan berkata-kata kepada diri sendiri atau bercakap dengan kuat dikawasan yang terbuka.
  • Anda juga boleh bincangkan bahan atau penemuan anda untuk sesuatu topik dalam kumpulan anda. Buatkan ia seakan bercerita supaya ia lebih menarik.
  • Selain itu, cuba pasang dan dengar muzik latar tanpa kata atau tanpa lirik semasa belajar. Ia mungkin memberikan anda rasa yang lebih tenang dan mudah untuk mengingat.
Individu Dengan Gaya Pembelajaran Kinestetik

Jika di alam persekolahan, individu ini adalah yang paling berminat dalam melakukan eksperimen, ujian makmal ataupun gemar dalam aktiviti sukan.

Individu ini mempelajari sesuatu sama ada dengan menggunakan badan atau tangan mereka yang lebih dikenali sebagai deria sentuhan (sense of touch).

Aktiviti yang melibatkan sentuhan atau pergerakan memainkan peranan besar dalam kehidupan individu ini. Mereka lebih berminat dengan kaedah pembelajaran secara teknikal berbanding teori. Hal ini kerana, mereka dapat belajar dengan lebih baik apabila mereka dapat melakukannya berbanding sekadar melihat atau mendengar.

Untuk subjek yang biasanya digemari individu kinestetik adalah matematik dan sains kerana membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan mencari solusinya.

Biasanya lebih suka bekerja dalam kumpulan dan menggunakan pendekatan langsung untuk belajar yang maklumat baru.


Oleh itu, untuk anda mempelari maklumat baru dengan lebih mudah, anda boleh praktikkan:

  • Cuba belajar topik baru sambil melakukan sesuatu yang aktif seperti berjogging atau berlari di atas treadmill.
  • Di samping itu, anda juga boleh mengunyah gula-gula getah semasa belajar, kerana ia dikatakan mampu meningkatkan memori dengan lebih baik kerana ia membuatkan anda menjadi lebih fokus.
  • Anda disarankan untuk mengikuti kelas atau belajar dengan kumpulan yang aktif dalam melakukan ekperimen atau gemar membuat demonstrasi.
  • Mungkin juga, anda boleh mencuba belajar sambil menyelesaikan silangkata atau carian perkataan kerana ia adalah satu aktiviti yang santai tapi dalam pada masa yang sama boleh membantu daya ingatan anda.

Mana satu gaya pembelajaran anda? Adakah anda lebih selesa belajar melalui visual, auditori ataupun kinestetik?

Anda boleh cuba kuiz – What’s Your Learning Style? ini untuk mengetahui kelebihan anda

Sumber: Rasmussen missouristate