Tahukah anda kulat hadir dalam beberapa warna bergantung kepada jenis dan keadaan sesuatu barang?
Perbezaan ini biasanya melibatkan struktur, spora dan morfologi pertumbuhan, yang tidak mudah dilakukan tanpa akses ke makmal. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi warna kulat iaitu:
- Sumber makanan
- Tahap kelembapan
- Pendedahan cahaya
Berikut adalah panduan untuk mengetahui warna yang mungkin anda lihat atau dapati pada barangan atau makanan di dalam rumah anda.
Kulat Berwarna Hijau
Hijau adalah warna yang paling biasa untuk kulat. Terdapat beratus-ratus ribu jenis kulat yang berwarna hijau. Antaranya, Aspergillus iaitu kulat hijau yang biasanya tumbuh pada makanan lembut seperti roti. Ia juga dapat tumbuh di bahagian yang selalu lembab seperti bangunan dan juga lantai bawah tanah.
Sementara Penisillium pula terkenal dengan sifat antibakteria dan biasanya berwarna hijau kebiruan. Ia dikatakan dapat mengeluarkan mikotoksin yang beracun bagi manusia dan haiwan peliharaan.
Kulat Berwarna Hitam
Kulat hitam adalah sering dikatakan beracun. Jadi, jika anda mendapati terdapat kulat hitam di rumah anda, pastikan anda membersihkannya dengan segera dan mungkin memerlukan orang yang lebih pakar untuk mengendalikannya.
Sebagai contoh, Stachybotrys chartarum adalah kulat hitam toksik yang terkenal. Ia selalunya muncul sebagai warna hitam atau hitam kehijauan dan boleh didapati tumbuh di kawasan yang bocor, kayu tua, kertas dan makanan yang sudah reput.
Jika anda terdedah kepada mikotoksin, ia boleh menyebabkan gejala seperti sakit kepala, bersin, batuk, ruam, dan kadang-kadang keracunan darah.
Kulat Berwarna Putih
Kulat putih adalah warna lain yang biasa terdapat pada makanan dalam kategori tumbuh-tumbuhan.
Antaranya adalah Penisilium. Ia adalah kulat pelbagai warna lain yang kadangkala berwarna putih. Penemuan gen Penicillium berfungsi sebagai langkah monumental dalam bidang perubatan kerana ia membawa kepada penciptaan Penicillin. Ia boleh didapati di makanan dan dinding di rumah dengan kelembapan yang tinggi.
Jika anda terdedah dengan Penisilin, ia boleh menyebabkan reaksi alergi yang serius jika ditangani dengan tidak betul.
Untuk pengetahuan anda, beberapa kulat ini boleh hadir dalam pelbagai warna. Seperti Aspergillus, selain hijau ia juga boleh didapati dalam keadaan warna hitam. Jadinya, ia mungkin disebabkan faktor masa dan juga tahap kelembapan sesuatu makanan.
Sumber: aerindustries