Setelah penggunaan mesin basuh untuk jangka masa yang lama, bahagian dalamnya akan memerangkap beberapa anasir hasil daripada cucian seperti sampah, daki dan juga kerak sabun.
Sekiranya bahagian dalam mesin basuh ini tidak dibersihkan, anda mungkin akan mendapati yang mana cucian pakaian anda tidak lagi begitu bersih dan kadangkala boleh menyebabkan kegatalan.
Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi tips kepada anda cara pembersihan bahagian dalam dan dram mesin basuh.
Langkah Untuk Mula Membersih Mesin Basuh
Untuk pengetahuan anda, pembersihan mendalam ini seharusnya dilakukan setiap enam bulan. Ia bagi memastikan mesin basuh anda akan sentiasa segar dan bersih.
Membersihkan Bahagian Dalam Mesin Basuh
- Tanggalkan semua bahagian di dalam mesin yang boleh dibuka seperti bekas sabun dan bawa ke singki untuk membersihkannya.
- Gunakan kain, berus gigi dan cuka putih untuk menggosok celah di dalam mesin.
- Bersihkan bahagian yang lebih kecil juga. Sekiranya anda tidak dapat mengeluarkan bekas sabun, isi dengan cuka dan biarkan ia meresap semasa anda membersihkan kawasan mesin yang lain.
- Sekiranya mesin basuh muatan depan anda mempunyai gasket getah, gunakan kain dengan cuka untuk membersihkannya.
- Kebanyakan mesin basuh mempunyai perangkap untuk menangkap rambut dan serpihan.
- Rujuk manual mesin basuh anda, jika anda tidak pasti di mana ia berada atau jika mesin anda memilikinya.
Membersihkan Dram Pencuci
- Tuangkan satu liter cuka putih ke dalam tong mesin basuh dengan secawan soda penaik.
- Gunakan berus dan cuka nilon untuk menggosok bahagian dalam tong mesin basuh.
- Kemudian, bilas dan putarkan mesin. Masukkan sedikit air panas supaya dapat membersihkan serdak atau kotoran di dalamnya. Sekiranya anda menggunakan mesin basuh lebih maju (advanced), tetapkan mesin pada suhu paling panas dan jalankan kitaran basuh dengan larutan pembersih ini di mesin basuh kosong.
- Akhir sekali, bilas mesin anda semula dengan sabun biasa jika anda ingin menghilangkan bau cuka.
Jaga Kebersihan Mesin Basuh Anda
Untuk mesin dengan kecekapan tinggi (HE), pastikan anda hanya gunakan detergen yang diluluskan untuk menghilangkan lebihan kotoran.
Bukan itu sahaja, bagi mengelakkan pembaziran, elakkan penggunaan sabun yang terlalu banyak. Pastikan anda membasuh baju mengikut had dan kapasiti mesin selain menggunakan cawan pengukur untuk menambah sabun sewaktu cucian.
Jangan lupa untuk bersihkan perangkap rambut dan kotoran mesin basuh seminggu sekali.