Fenty Beauty kini hadir dengan koleksi baru untuk set kosmetik untuk bibir. Jenama ini membawakan warna baru untuk koleksi Fenty Beauty Gloss Bomb Heat. Ia merupakan gabungan luminizer dan pemunggil bibir dalam satu gincu.
Jadi, bagi anda yang meminati untuk mencuba perhiasan bibir yang menarik, ini adalah masanya!
Untuk keluaran kali ini, Fenty Beauty telah menambah satu warna yang terang iaitu Hot Cherry yang merupakan warna merah terang. Ia bukan sahaja mampu memberikan penampilan yang ekstra pada bibir anda, malah ia juga diperkaya dengan bahan shea butter dan Vitamin E yang sesuai untuk anda yang inginkan bibir yang lembab di samping warna yang memukau.
Selain itu, gincu ini turut diformulakan dengan sifat anti-melekit dan aroma seakan peach vanilla yang pastinya menarik hati anda.
Dapatkan koleksi Mini Gloss Bomb pada harga RM110 satu set di kedai atas talian Sephora bermula hari ini.