Carian
Mengapa Ada Negara Yang Pemandu Di Sebelah Kiri Atau Kanan?
June 28, 2021 Lina Rosli

Pernahkah anda ketahui mengapa terdapatnya perbezaan kedudukan pemandu di beberapa buah negara?

Sebagai contoh, di Malaysia pemandu diletakkan di bahagian kanan yang mana jika di jalan raya, anda akan mendapati kereta dari arah yang bertentangan akan berada di kanan anda.

Tetapi jika anda kunjungi ke negara barat, anda akan melihat pemandu diletakkan di sebelah kiri dan kereta dari arah bertentangan pula akan berada di kiri anda.


Mengapa Terdapat Perbezaan Dalam Perletakkan Pemandu?

Secara umumnya, perbezaan pemanduan sama ada kiri dan kanan ini adalah berdasarkan tanah jajahan.

Sebagai contoh, sebilangan besar kawasan di dunia yang dahulunya merupakan jajahan Inggeris dilihat hadir dengan tempat pemandu di sebelah kiri seperti Australia, Caribbean, India dan Afrika Selatan.

Manakala, untuk negara jajahan Eropah pula akan memandu dan bergerak di sebelah kanan selain dari Cyprus, Ireland, Malta dan United Kingdom. Walau bagaimanapun, Guyana dan Suriname adalah satu-satunya negara di Amerika Selatan yang memandu di sebelah kiri.

Namun, menurut kajian arkeologikal Roman, mereka mengatakan terdapatnya perbezaan tempat pemandu ini adalah disebabkan oleh hal keselamatan.

Salah satu faktor adalah sebilangan besar pemandu adalah kumpulan individu bertangan kanan. Jika imbas kembali pada ada zaman ketika masih dalam era peperangan, ia adalah lebih mudah untuk mereka bertindak memegang senjata dan melindungi diri menggunakan tangan dominan iaitu tangan kanan jika mereka memandu di sebelah kiri.


Teori ini kekal sehingga ke sekitar tahun 1700-an yang mana perlaksanaan undang-undang jalan raya di Britain akhirnya dimeterai dengan meletakkan pemandu di bahagian kiri kenderaan.

Namun, Perancis menyatakan yang mana tempat duduk kanan adalah lebih sesuai untuk pemandu dan akhirnya mengambil langkah mengeksport gaya pemanduan ini ke negara luar pada abad ke-18.

Disebabkan kedua-dua negara adalah antara negera yang kuat, makanya mereka masing-masing menyuruh negara atau tanah jajahan mereka menggunakan undang-undang yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua negara iaitu Britain dan Perancis.

Campur Tangan Industri Kenderaan Pencetus Pemilihan Tempat Duduk Pemandu

Pengaruh perletakkan tempat duduk pemandu ini juga dikuatkan dengan faktor utama lain iaitu apabilah terhasilnya kereta pertama di dunia.

Pembuat kereta Henry Ford yang menghasilkan Model Tnya secara besar-besaran hadir dengan kenderaan dengan roda kemudi di sebelah kiri yang mana memerlukan pemanduan di sebelah kanan jalan.

Dengan penglibatan industri ini selain peningkatan dalam permintaan kenderaan menjelang tahun 1900-an, banyak negara telah beralih ke kanan untuk bersesuaian dengan negara jiran mereka. Kanada meninggalkan bahagian kiri jalan pada tahun sekitar 1920 untuk memudahkan lalu lintas bergerak keluar dan masuk dari Amerika Syarikat. 

Malah, pada tahun 1960, Britain juga telah mempertimbangkan untuk berubah, tetapi disebabkan kekuatan konservatif negara tersebut untuk menghentikan cadangan itu, maka harapan untuk bertukar itu tidak kesampaian. Bukan itu sahaja, ia juga akan menelan belanja berbilion-bilion pound untuk mengubah segalanya.

Sumber: World Standard History

Komen