Carian
Koleksi Olay Regenerist Collagen Peptide 24 – Menampilkan Serum, Pelembap Dan Krim Mata
June 28, 2021 Lina Rosli

Bagi anda yang ingin mencari produk kecantikan baharu, Olay baru-baru ini telah memperkenalkan koleksi serum, pelembap dan krim mata yang dinamakan Olay Regenerist Collagen Peptide 24 yang baru.


Koleksi penjagaan kulit ini diformulasikan untuk bahan yang menjadikan kulit cerah dan lembap sepanjang hari. Ia hadir dengan peptida kolagen yang berfungsi secara sinergis dengan Niacinamide atau Vitamin B3.

Kehadiran tiga bahan ini membantu dalam merangsang pengeluaran kolagen dan memulihkan kelembapan sehingga kulit kelihatan lebih anjal dan sihat sepanjang hari.

Bukan itu sahajaa, koleksi ini juga tampil dengan penawaran bahan pencerah kulit terbaik, membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan selain bertindak baik dalam memperbaiki tekstur kulit.

Mengulas lanjut mengenai penawaran serum dalam koleksi ini, Olay Regenerist Collagen Peptide 24 Serum dilihat hadir dengan fungsi menghidrat kulit selama 24 jam. Ia merupakan serum yang ringan apabila dipakai selain tidak ditawarkan dengan wangian.


Sementera Moisturizer Olay Regenerist Collagen Peptide 24 pula, ia menampilkan formula yang baik untuk anda yang menginginkan kulit yang licin, anjal serta lembap sepanjang hari.

Manakala, Olay Regenerist Collagen Peptide 24 Eye Cream pula adalah krim mata yang memberikan kelembapan ke kawasan mata yang halus tanpa rasa melekit, berminyak atau berasa berat pada kelopak dan bawah mata.

Bagi yang berminat, loleksi Olay Regenerist Collagen Peptide 24 yang baru ini boleh mula didapatkan bermula 1 Julai 2021 di semua rangkaian utama kedai drugstore atau farmasi di seluruh negara pada harga RM109.90 sebotol.

Komen