Minyak memainkan peranan penting dalam melindungi rambut dari kering dan rosak. Ada kajian yang mengatakan bahawa, rambut yang berminyak dilihat dapat mengurangkan pembengkakan dan pengeringan kulit kepala.

Oleh sebab itu kebanyakan produk di pasaran hadir dengan bahan minyak semula jadi bagi melindungi folikel dari surfaktan dengan mengisi jurang antara sel kutikula.


Malah, penggunaan minyak semula jadi dari tumbuh-tumbuhan telah diketahui selama berabad-abad untuk membantu menghaluskan, melembutkan, bersinar, dan menganjalkan rambut.

Walau bagaimanapun, ada segelintir produk minyak rambut di pasaran yang telah menjalani kaedah penapisan kimia yang secara signifikan mengurangkan tahap komponen bioaktif semula jadi. Hasilnya, ia menyebabkan rambut anda menjadi rosak, rapuh dan tidak halus.

Bagaimana minyak semula jadi berfungsi?

Secara umumnya, minyak ini melindungi rambut dari kerosakan dengan menguatkan akar dan hadir dengan pelinciran untuk mengurangkan geseran dan pengambilan air sewaktu mandian.

Sebelum itu, bercakap mengenai mandian, air sebenarnya mengandungi mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi yang boleh mengeringkan dan juga menyumbat liang pori pada kulit. Penawaran kalsium yang tinggi pada air akan menyebabkan kulit kepala dan juga rambut menjadi kering.

Oleh sebab itu, dengan adanya minyak pada rambut, ia mengurangkan kuantiti air daripada menembusi rambut.

Apa Jenis Minyak Semula Jadi Untuk Rambut Yang Sesuai?

Salah satu jenis minyak semula jadi yang boleh anda dapatkan adalah minyak kelapa. Minyak ini dikatakan mempunyai kaitan dengan protein rambut dan kerana berat molekulnya yang rendah, ia dapat menembusi ke dalam batang rambut.

Selain itu, minyak argan juga membantu dalam penyuburan rambut. Ia hadir dari bijian pokok argan yang banyak terdapat di Morocco. Untuk pengetahian anda, minyak argan kaya dengan vitamin E selain bersifat antioksida. Malah ia juga tampil dengan tekstur yang tidak melekit sesuai digunakan beberapa kali dalam seminggu.

Menarik mengenai minyak argan juga, ia sangat sesuai digunakan untuk rambut kering akibat penggunaan perwarna rambut.


Cara Penggunaan Minyak Pada Rambut

  1. Ambil beberapa titis minyak argan ataupun minyak kelapa dan sapukan pada rambut. Atau anda juga boleh menggunakan minyak ini bersama-sama dengan syampu dan juga perapi.
  2. Kemudian, pilih penutup rambut. Anda boleh membungkus rambut dengan pembungkus kepala mandian plastik atau kemeja-T lama.
  3. Selepas itu, biarkan ia selama beberapa jam atau bahkan semalaman semasa anda tidur.
  4. Akhir sekali, anda boleh sikat rambut anda supaya membantu menyebarkan minyak secara merata dari akar hingga hujung rambut.
  5. Sekiranya anda ingin melembapkan hanya hujung rambut anda, gosokkan minyak kelapa di hujungnya dan usap dengan kedua tangan.

Penggunaan minyak secara berkala ini bertindak sebagai emolien yang mampu melindungi rambut dari  radiasi ultraviolet. Tentunya jika dibandingkan dengan harga produk yang ditawarkan di pasaran, minyak rambut semula jadi ini harganya jauh lebih murah. Jadi, tidak rugi untuk anda mencuba dan melihat hasilnya setelah beberapa kali penggunaan.