Bagi pencinta makanan, apakah kriteria yang anda akan pilih dan tetapkan untuk mendapatkan sesuatu makanan?

Adakah ia melibatkan rasa yang dihidangkan? Atau anda mengambil kira paparan dan kesegaran makanan? Mungkinkah juga anda memilih makanan berdasarkan latar belakang dan keunikan yang ditampilkan dalam setiap gigitan?

Apabila bercerita mengenai makanan, terdapat berjuta jenis makanan yang boleh anda dapatkan dari seluruh dunia. Masing-masing dipersembahkan mengikut pilihan dan gaya hidup lokaliti setempat. Ia termasuk perbezaan dari kaedah penyediaan makanan yang sama ada goreng, panggang atau stim. 

Dengan kepelbagaian inilah yang menjadikan sesuatu makanan itu unik.

Ketahui 7 Makanan Termahal Di Dunia

Dalam konteks ini, makanan mewah yang disenaraikan merujuk kepada makanan yang ditawarkan pada harga yang paling mahal yang mana ia boleh mencecah sehingga RM103,737.50 satu pinggan.

Menarik bukan? Berikut adalah 7 makanan termahal di dunia yang telah ditawarkan kepada umum.

Taco Kobe Beef

Diperkenalkan di sebuah restoran di Mexico iaitu Frida Grand Velas Los Cabos Resort, Taco Kobe Beef adalah hidangan yang termahal di dunia.

Ia merupakan Taco yang ditampilkan bersama bahan premium seperti daging lembu Kobe, Almas Beluga Caviar dan Black Truffle Brie Cheese. Melengkapkan hidangan adalah ia disajikan bersama tortilla jagung yang disemai dengan serpihan emas.


Bukan itu sahaja, Taco juga disajikan dengan salsa eksotik yang terdiri daripada cili Morita kering, Ley.925 añejo tequila premium dan dihiasi dengan biji kopi luwak.

Untuk pengetahuan anda, hidangan Taco Kobe Beef ini mencecah sehingga $25,000 iaitu sekitar RM103,737.50 jika mengikut tukaran wang masa sekarang.

The Fortress Stilt Fisherman Indulgence

Hidangan kedua termahal ini ditawarkan di The Fortress Resort and Spa di Sri Lanka.

Ia merupakan sepinggan pencuci mulut yang disediakan atas permintaan khas. Pencuci mulut ini menampilkan cassata Itali yang dihidangkan dengan krim Ireland dan disajikan dengan sebiji buah delima dan mangga.


Ia dibina seakan bot nelayan yang mana pangkalannya adalah saboyan champange dan dihiasi dengan batu aquamarine 80 karat yang diletakkan di bawah coklat buatan tangan.

Batu aquamarine adalah batu yang memiliki kualiti istimewa termasuk kemampuan menyembuhkan dan menimbulkan ketenangan kepada individu. Nilai hidangan ini ditawarkan pada harga $14,500 bersamaan dengan RM60,167.75.

Louis XIII Pizza

Seterusnya, hidangan mewah yang ketiga adalah Louis XIII Pizza yang bernilai $12,000 bersamaan dengan RM49,794. Ia merupakan piza paling mahal di dunia yang telah dicipta oleh Renato Viola dan dijual di Salerno, Itali.

Piza ini disediakan untuk dua orang dengan saiz doh hanya 20 cm. Walau bagaimanapun, penyediaan ini dilihat memakan masa selama 72 jam sebelum boleh mula dihidangkan.


Tidak hairanlah mengapa piza ini ditawarkan pada harga yang mahal. Hal ini kerana, ia dipebuat dari bahan termasuk tiga jenis kaviar iaitu Oscietra Royal Prestige, Caspia Oscietra Royal Classic dari pantai Iran dan Caspia Beluga.

Selain kaviar, pizza juga mempunyai lobster yang sangat mahal yang dibeli dan dihantar khas dari Norway bersama-sama dengan tujuh jenis keju, garam merah jambu Australia dari Sungai Murray, udang dari Cilento dan udang belalang.

Beluga’s Almas Caviar

Hidangan ini merupakan hidangan yang satu-satunya menawarkan kaviar di Dubai. Dengan berat kaviar sehingga 250g, hidangan Beluga’s Almas Caviar ini dijual pada harga $9884 iaitu RM41,013.66.


Almas merupakan jenis kaviar yang paling jarang dan paling mahal di dunia. Ia diperoleh dari ikan Beluga Iran atau dikenali sebagai ’emas hitam’. Untuk mendapatkan Almas, dihasilkan dari telur sturgeon albino yang berusia antara 60 hingga 100 tahun.

Hidangan ini, dipadankan bersama rokok emas 24 karat..

Fleurburger 5000

Hidangan ini adalah makanan harian yang disajikan di Fleur oleh Hubert Keller di Las Vegas.

FleurBurger 5000 adalah burger paling mahal bukan hanya di Amerika Syarikat, tetapi juga di dunia yang dijual pada harga $5000 iaitu RM20,747.50. Hidangan lazat ini menampilkan bahan yang premium termasuk daging lembu Wagyu dan dihiasi dengan foie gras dan truffle.


Ia juga dilengkapi dengan beberapa kepingan foie gras prima dan lemak itik dalam roti brioche yang dibakar. Apa yang menariknya adalah bahan utama menu ini lebih sesuai dituangkan berbanding dimasak

24K Pizza

Selain lima hidangan di atas, terdapat beberapa lagi hidangan mahal yang pernah ditampilkan. Ia termasuk 24K Pizza yang dihidangkan bersama daun emas diatasnya, kaviar Ossetra, foie gras, keju stilton putih dan truffle. Piza ini ditawarkan pada nilai $2,700.


Billion Dollar Popcorn

Popcorn ini disajikan di dalam tin Berco seberat 3.8kg yang berharga $2,500. Untu setiap gigitan popcorn, ia dilapisi dengan karamel dan serpihan emas 23 karat.


Bukan itu sahaja, mereka dihidangkan bersama garam Laeso yang tidak mudah didapati di pasaran dunia. Bagi anda yang ingin mencuba, anda boleh membelinya di laman rasmi Berco yang boleh didapati pada harga $5 untuk 0.7g sahaja.

Sumber: robbreport , Lux Habitat, CNBC , Yahoo Finance