“Masak pasta hingga al dente”
Pastinya anda sering melihat atau membaca arahan ini diletakkan di dalam kebanyakan resipi yang melibatakan pasta tidak kira spaghetti, angle hair, macaroni dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan anda, ‘Al Dente’ adalah perkataan bahasa Itali yang bermaksud “ke gigi”. Menurut The Spruce Eat, al dente adalah penanda yang menyatakan pasta haruslah lembut namun tidak rapuh dan lembik. Ia tidak boleh kembang ataupun keras kerana ia akan menyebabkan rasa pasta menjadi kurang enak.
Al dente tidak hanya digunakan untuk pasta. Ia turut pernah digunakan dalam penerangan lain yang berkaitan seperti sayur-sayuran, beras. dan biji-bijian lain.
Jadi bagaimana cara mendapatkan tekstur al dente?
Untuk mendapatkan tekstur pasta yang tepat, anda perlu memasak pasta dalam tempoh masa yang tidak terlalu lama.
- Langkah pertama dalam memasak mi pasta adalah menuangkan mi ke dalam air mendidih yang telah diletakkan secubit garam.
- Kemudian, tetapkan pemasa sekurang-kurangnya tiga minit atau lebih sedikit daripada masa memasak yang disyorkan
- Anda boleh memegang atau merasa mi untuk memastikan ia mempunyai tekstur yang boleh digigit dan dikunyah.
- Akhir sekali, buang air didihan dan toskan mi pasta ke dalam bekas jaring.
Sebilangan tukang masak mencadangkan bahawa ketika anda menggigit helaian mi pasta yang dimasak al dente, anda harus melihat titik putih kecil di tengah pasta.
Jika anda mendapati mi pasta anda tidak ada titik putih, makanya mi tersebut sudah dimasak al dente. Hal ini kerana, titik tersebut mewakili pusat pasta. Namun, sekiranya masih ada titik putih, anda mungkin perlu membiarkannya masak sedikit lagi sebelum mula mengangkatnya.