Carian
Tips Pemilihan Duvet – Semakin Besar Grid, Semakin Banyak Haba Dikeluarkan
July 1, 2021 Lina Rosli

Bagi anda yang tidak mengetahui, duvet adalah salah satu dari kategori selimut. Perkataan duvet berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud beg tidur. Ia diperbuat dari kain yang dijahit pada bahagian tengah yang membentuk grid dan kemudiannya diisi dengan wul, bulu pelepah atau bahan lembut lain.

Duvet banyak digunakan oleh masyarakat di negara beiklim sejuk. Hal ini kerana, ia digunakan sebagai lapisan atas tempat tidur untuk memastikan badan anda tetap hangat ketika tidur.


Selain itu, duvet juga biasanya berwarna putih dan ia kelihatan polos dan juga gebu. Disebabkan itu juga, ramai individu yang akan menggunakan duvet ini untuk memberikan kesan yang lebih selesa pada katil.

Asal Usul Duvet

Beberapa sumber menyatakan bahawa duvet ini telahpun digunakan oleh masyarakat Cina sekaligus menjadikan mereka orang pertama yang menggunakan duvet pada tahun sekitar 3000 SM.

Namun, ada juga kajian menunjukkan bahawa seorang lelaki Inggeris, Paul Rycaut pada tahun sekitar abad ke-18 SM adalah yang pertama mencuba dan memasarkan selimut di England.

Menjelang era moden, duvet ini menjadi popular dan menggantikan selimut yang jauh lebih berat dan lebih hangat bagi orang Victoria.

Perbezaan Ketebalan Dan Saiz Grid Pada Duvet Memberi Kesan Kepada Haba Yang Dikeluarkan

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengeluaran haba pada duvet. Faktor yang pertama adalah penawaran dari segi ketebalan isian wool atau bulu di dalam kain duvet. Sementara faktor yang kedua pula adalah grid yang ditampilkan dan dijahit pada duvet.

Selimut dengan grid yang banyak (8 x 10)

Duvet dengan grid 8 x 10 menyimpan pengisian secara kekal di tempatnya yang betul sehingga haba yang berlebihan dapat keluar melalui jahitan. Jadinya, ia cukup ideal anda yang menginginkan malam sejuk dan selesa.

Bukan itu sahaja, duvet dengan grid yang banyak juga tidak akan membuat anda berpeluh walaupun anda berada dalam suhu malam yang panas.

Selimut dengan grid yang sedikit (4 x 6)

Semakin sedikit grid di selimut, semakin banyak isian yang akan diisi ke dalam frid tersebut yang mana akan memberikan kesan selimut yang lembut dan panas.

Walau bagaimanapun, dengan grid yang sedikit, duvet juga akan menjadi cepat hilang haba. Jadi, anda tak perlu risau akan pengekalan haba di dalam selimut.


Selimut jenis nipis

Bagi bilik anda yang tidak mempunyai penyaman udaran ataupun aliran udara sejuk yang konsisten, selimut jenis ultra ringan adalah sangat sesuai untuk penggunaan harian.

Hali ini kerana, lapisan bahan pengisi yang nipis yang dilampirkan di menjadikan suhu duvet adalah lebih sejuk berbanding lapisan bahan pengisi yang tebal.

Selimut jenis tebal

Jika dibandingkan dengan duvet yang nipis dan ringan, sudah tentu duvet yang tebal dengan bahan pengisi adalah lebih panas.

Untuk pengetahuan anda, duvet hadir dengan beberapa pilihan pengisisan. Salah satu daripada dua jenis pengisian yang biasa ditawarkan adalah jenis pengisi semula jadi seperti sutera atau bulu dan juga pengis sintetik seperti microgel.


Selimut sutera dan bulu adalah 100% hypoallergenic yang menjadikannya sesuai untuk orang yang mempunyai kulit sensitif dan alergi. Serat semula jadi ini adalah penebat yang sangat baik dalam menyerap kelembapan selain menjadikan mereka pilihan yang baik untuk tidur yang lebih panas.

Manakala untuk pengisian sintetik pula ia diperbuat daripada 100% poliester dan senang dijaga. Bagi mereka yang mencari pilihan yang berpatutan dengan nilai hebat, duvet jenis mikrogel mungkin adalah jenis yang paling sesuai. Namun, disebabkan mikrogel hadir dengan kapasiti yang ringan, makanya akan lebih banyak mikrogel ditambah ke dalam duvet sehingga menjadikannya tebal, berat dan panas.

Komen