Carian
Perbezaan ‘Lamb’ Dan ‘Mutton’ Di Pasaran – Daging Kambing Dikenali Sebagai Chevon?
July 1, 2021 Lina Rosli

Pastinya ramai yang sebelum ini pernah keliru akan mana satu daging kambing antara ‘lamb’ dan juga ‘mutton’.

Tahukah anda, kedua-dua lamb dan mutton adalah daging milik kambing biri-biri?

Menurut definisi dari kamus Oxford,  mendefinisikan lamb adalah daging kambing biri-biri yang telah besar atau telah dewasa. Sementara, mutton pula adalah daging milik kambing biri-biri muda.

Perbezaan Daging Kambing Biri-Biri Muda Dan Tua?

Menarik bukan? Ya, kedua-dua nama ini adalah perbezaan dari segi umur kambing biri-biri yang mana lamb adalah kambing biri yang berumur lebih dari setahun yang mana tekstur dagingnya akan sedikit lembut dan warna adalah lebih pucat berbanding kambing biri-biri muda.

Dari segi rasa, mutton mempunyai rasa kambing yang lebih kuat selain baunya yang lebih hamis kerana ia mempunyai jumlah lemak yang lebih banyak sekaligus menyebabkan ia lebih liat untuk dimakan.


Jadi bagi anda yang tidak begitu menggemari daging kambing, pastikan anda membeli lamb dan bukannya mutton. Tambahan, untuk memasak mutton,  ia memerlukan masa rebusan yang agak lama disebabkan kehadiran lemak pada kebanyakan bahagian daging.

Mengapa Harga Daging Kambing Biri-Biri Muda Lebih Murah?

Oleh kerana kebanyakan individu lebih gemar akan rasa lamb disebabkan ia hadir dengan kualiti daging yang lebih halus, maka harganya adalah lebih mahal daripada mutton.

Selain itu, mutton juga lebih senang dijumpai di kebanyakan pasaraya dan pasar segar.

Faktor lain yang menyebabkan mutton lebih murah kerana kambing biri-biri muda cenderung diberi makan biji-bijian yang mana penjagaan makanannya tidak memerlukan kos yang tinggi. 

Jadi, Apakah Nama Untuk Daging Kambing Biasa?

Untuk daging kambing biasa, ia disebut sebagai chevon.

Menurut data yang dikeluarkan FAMA, 85% individu di Malaysia tidak begitu mengenali akan perbezaan antara penawaran daging kambing dan kambing biri-biri.

Oleh yang demikian, ia telah memberi kesan kepada konsumsi chevon di Malaysia dan juga mempengaruhi pengeluaran lamb, mutton dan chevon.


Untuk pengetahuan anda, bagi penghidap penyakit jantung atau individu yang mengalami para kolestrol yang tinggi, pengambilan chevon dikatakan adalah lebih baik kerana daging biri-biri mempunyai kandungan lemak kira-kira 12 peratus manakala kambing biasa pula sekitar 2 peratus sahaja.

Bukan itu sahaja, 2 peratus lemak yang ada pada kambing itu juga hanya terdapat pada beberapa bahagian sahaja iaitu leher dan rusuk.

Sumber: FAMA The Spruce Eat linkedin

Komen