Carian
Modanisa Hadir Dengan Inisiatif Membantu Palestin – Saluran Bantuan Untuk Perubatan, Makanan
July 2, 2021 Lina Rosli

Sejak akhir-akhir ini, ramai individu dan badan-badan NGO yang mula melaksanakan program bantuan bagi membantu rakyat-rakyat di negara Palestin.

Tidak ketinggalan, Modanisa juga turut aktif dalam melakukan inisiatif bagi tujuan yang sama. Menurut Modanisa, lebih daripada 10,000 selendang bercorak Keffiyeh yang direka khas telah dijual secara atas-talian di seluruh dunia untuk membantu ribuan rakyat Palestin yang cedera, malah juga kehilangan tempat tinggal.


Bagi yang tidak mengetahui, Modanisa adalah platform edagang untuk fesyen muslimah dari Turki. Mereka melancarkan sebuah kempen pengumpulan dana bagi mangsa keganasan di Palestin dan menyeru agar semua pelanggan dapat memberi sumbangan untuk membantu mereka. 

Hasil dari jualan, kesemua keuntungan yang diperoleh akan disumbangkan ke Palestin untuk membantu rakyat Palestin mendapatkan sumber rawatan dan perubatan, makanan, air, keperluan asas dan juga produk pelindungan Covid-19. 

Sehingga kini, kempen pengumpulan dana masih lagi diteruskan, dengan anggaran sasaran kutipan berjumlah RM415,000 bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat untuk membina kehidupan mereka semula, langkah demi langkah.  Bagi yang ingin turut serta, anda boleh mendapatkan selendang bercorak Keffiyeh di laman rasmi Modanisa.

Komen