Lina Rosli Diterbitkan 2 July 2021

Tahukah Anda Bilakah Tradisi Karpet Merah Bermula?

Untuk pengetahuan anda, perkataan ‘karpet’ berasal dari perkataan Latin yang disebut carpere. Ia membawa maksud ‘untuk memetik kerana sebelum ini, bentuk karpet pada zaman dahulu diperbuat dari kain yang tidak terurai atau daripada bahan yang perlu dipetik.

Karpet tertua yang pernah ditemui adalah permaidani Pazyryk yang merupakan karpet jenis cerucuk. Ia ditemui di Siberian Burial Mound pada tahun 1949. Menurut The Rugs Cafe, pakar mengatakan karpet tersebut telah berusia lebih dari 6,000 tahun yang mana ia telahpun digunakan sejak abad ke-5 SM.

Terdapat beberapa fakta menarik mengenai karpet. Jadi, hari ini Tajria ingin kongsi 3 fakta mengenai karpet yang mungkin anda tidak tahu selama ia diperkenalkan.

Pencetus Tradisi Karpet Merah

Permaidani merah secara tradisional menandakan upacara rasmi yang melibatkan sambutan kedatangan pemimpin dan ahli politik.

Pembentangan karpet merah yang pertama muncul di zaman Yunani Purba yang mana orang biasa tidak boleh jalan di atasnya. adalah sewaktu penampilan Agamemnon pada tahun 458 SM oleh Aeschylus. Dalam drama itu, isteri raja Yunani, Clytemnestra, menyiapkan karpet merah sebagai cara untuk menyambut suaminya kerana dendam dan ingin membunuhnya.

Walau bagaimanapun, sebenarnya terdapat kekeliruan pada zaman itu. Para sarjana mengatakan karpet yang disebutkan di Agamemnon sebenarnya berwarna ungu, tetapi warnanya menjadi keliru selama berabad-abad.

Kemudian, tradisi ini turut diteruskan pada zaman moden ini. Ia digunakan oleh Presiden James Monroe pada tahun 1821. Ia sebagai tanda penghormatan kepada beliau sewaktu tiba di Arcadia.

Selain itu, antara peristiwa lain yang mengukuhkan tradisi permaidani merah adalah jalan kereta api. Penumpang di New York dan Chicago yang menaiki keretapi 20th Century Limited berjalan naik dan turun dari kereta api melalui permaidani mewah yang mana ia menampilkan rasa dan perasaan yang mewah dan unik dalam setiap perjalanan.


Karpet Termahal Pernah Dijual

Tahukah anda, karpet termahal pernah dijual adalah Vase Carpet. Ia dijual di Sotheby’s yang mana ia merupakan karya pertengahan abad ke-17 dari Parsi Tenggara yang dijual dengan harga rekod $9.6 juta.

Apa yang menarik mengenai karpet ini adalah, ia hadir corak bunga dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan secara semula jadi. Ia disusun di sekitar karpet bagi bentuk corak yang unik iaitu reka bentu medali.

Dari situ bermulalah, reka bentuk dan trend yang dihasilkan oleh pengadilan kemudian digunakan oleh bengkel komersial yang membuat karpet berkualiti tinggi seperti ini.


Garam Boleh Membuatkan Karpet Anda Lebih Cerah

Kebiasaannya, garam sering digunakan dalam aktiviti pembersihan kerana ia salah satu bahan yang larut dalam air.

Jadi, apabila ia meresap ke dalam karpet, ia akan menanggalkan sama ada kotoran atau pewarna yang ada pada karpet anda. Anda akan melihat hasil ini apabila larutan tersebut kering.

Jadi,  jika anda ingin mendapatkan karpet yang lebih cerah, mungkin anda boleh menaburkan larutan garam ke karpet dan biarkan selama sejam sebelum membersihkannya. 

Sumber: metmuseum live science bbc culture