Pembentukan kulit mati atau pengelupasan di tapak kaki adalah salah satu cara untuk mengeluarkan dan membuang dan pembuangan sel kulit mati secara semula jadi.
Kulit mati boleh tumbuh atau muncul akibat kurang kelembapan jika kaki selalu dilapisi dengan stokin atau kerap memakai kasut. Malah, sel kulit mati pada tapak kaki juga boleh diakibatkan oleh geseran sewaktu berjalan atau berlari.

Untuk pengetahuan anda, kulit mati di bahagian bawah kaki anda mungkin kelihatan kering dan merekah. Biasanya, ia tidak menyakitkan kecuali jika kawasan yang merekah terkena jangkitan ataupun bergesel terlalu kerap sehingga boleh melecet.
Oleh sebab itu, untuk mengurangkan masalah selain memastikan pembentukan kulit mati tidak tidak bertambah teruk, anda perlu merawat, membersihkan dan menggosok kaki secara berkala.
Faktor Utama Yang Menyebabkan Rekahan Pada Tumit
Pada awalnya, kaki anda akan menampilkan dan mengeluarkan sel kulit pada lapisan kulit. Apabila kering, ia akan mula menjadi keras dan secara perlahan-lahan akan menebal dan akhirnya merekah.
Antara faktor yang menjadi punca kepada masalah ini adalah:
- Berat badan yang berlebihan
- Cara berjalan yang mengakibatkan geseran terlalu kerap
- Berdiri untuk jangka masa yang lama
- Kurang kelembapan pada bahagian tapak kaki seperti mandi air panas terlalu lama
- Penggunaan produk penjagaan diir yang tinggi kimia sehingga mengakibatkan kulit kering
- Memakai kasut yang nipis atau kasut tumit tinggi yang keras dan ketat
- Tidak melakukan skrub berkala
Siapakah Yang Kerap Mengalami Rekahan Pada Tapak Kaki?
Menurut National Foot Health Assessment pada tahun 2012, sekitar 20% orang dewasa di Amerika Syarikat mengalami kulit retak di kaki mereka.
Ia memperlihatkan individu wanita mempunyai pendedahan kepada rekahan tumit 50% lebih tinggi berbanding lelaki. Hal ini berlaku mungkin disebabkan lapisan kulit yang lebih halus dan nipis selain tabiat penggunaan kasut tumit tinggi yang teruk.

Bukan itu sahaja, individu yang mempunyak kandungan nutrisi yang rendah seperti vitamin, mineral, zat zink dan asid lemak Omega-3 juga cenderung mengalami rekahan tumit.
Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Tumit Merekah?
Berikut adalah antara cara atau produk yang boleh memnantu mengurangkan masalah rekahan kulit. Antaranya:
Penggunaan Pelembap Atau Losyen
Rawatan pelembap dapat membantu memperbaiki kulit yang kering dan merekah.
Untuk menggunakannya, anda boleh menyapu pelembap atau lotion sebanyak dua atau tiga kali sehari pada tumit kaki anda. Untuk hasil terbaik, pastikan pelembap anda mengandungi bahan-bahan berikut:
- Asid Salicylic
- Asid Alpha-hydroxy
- Isomerate saccharin
Membersihkan Dan Menggosok Kaki
Dengan merendam dan membersihkan kaki, kaedah ini mampu memberikan hasil kulit yang lebih halus dan licin. Berikut adalah cara mengatasi tumit merekah selain mengekalkan kelembapan kulit:
- Basahkan kaki anda dengan air suam selama 20 minit.
- Gunakan skrun kaki untuk menghilangkan kulit mati yang tebal.
- Lap kaki dengan kain bersih.
- Sapukan pelembap kulit di kawasan yang ingin anda rawat.
- Pakai stoking untuk mengelakkan meninggalkan kesan losyen atau pelembap di lantai rumah.
Sumber: Medical News Today Healthline