Menurut National Sleep Foundation, sekiranya individu memerlukan waktu agak pendek untuk tidur pada waktu malam, maka anda berada dalam keadaan baik.

Untuk mencapai jangka waktu normal yang diperlukan untuk tidur adlaah penting untuk anda rutinkan waktu tidur yang sihat. Salah satunya adalah memastikan anda cukup tidur setiap malam dan elakkan amalan yang dapat membuat anda terjaga pada waktu malam.


Mengapa Individu Perlu Mengambil Masa Pendek Untuk Tidur?

Secara purata masa yang diambil sebelum anda mula tidur adalah 7 minit. Namun,  kebiasannya individu akan mengambil masa sekitar 10 hingga 20 minit untuk tidur sebaik sahaja anda naik ke tempat tidur yang mana ia disebut sebagai sleep latency.

Latensi tidur secara langsung berkaitan dengan kecekapan tidur kerana jika seseorang dapat tidur dengan cepat, mereka cenderung untuk tidur nyenyak. Sekiranya seseorang mempunyai latensi tidur yang ideal, mereka juga cenderung mempunyai kecekapan tidur yang baik.

Namun, jika sebaliknya iaitu anda memerlukan masa lebih dari itu, makanya badan anda mungkin akan berusaha untuk memberitahu sesuatu. Ia mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

  • Otak anda masih tidak berhenti memikirkan sesuatu hal.
  • Anda sudahpun mendapatkan rehat yang secukupnya atau telah tidur sebelum waktu tidur yang sebenar.
  • Anda mungkin mengalami masalah. tidur iaitu insomnia.
  • Pengambilan kafein atai makanan lain yang banyak sebelum tidur
  • Faktor tempat tidur yang tidak selesa menyebabkan sukar untuk lena.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Tempoh Untuk Tidur Yang Cepat?

Jadi, persoalan utama di sini adalah bagaimana anda boleh tidur lebih cepat. Berikut adalah tiga beberapa petua yang dapat membantu anda tidur lebih cepat dan tidur lebih lena.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan anda menyediakan ruang atau tempat tidur yang bersih dan selesa.

Jika di bilik anda mempunyai telefon bimbit, televisyen atau monitor komputer, kesemua peranti ini boleh menyebabkan gangguan tidur. Oleh itu,  membuat kita berjaga sepanjang malam. 

Selain itu, untuk proses tidur yang lebih cepat, anda disarankan untuk mandi sebelum tidur. Secara umumnya, mandian hangat membantu dalam menenangkan anda dan membuat anda berasa mengantuk. Hal ini kerana kerana penurunan suhu badan kita membantu merehatkan otot anda selain membolehkan anda berehat lebih banyak. 

Sumber: Sleep Advisor Organisation Verywellhealth