Carian
Kenali Jenis Tembikai Di Pasaran – Mana Satu Pilihan Anda?
July 6, 2021 Lina Rosli

Tembikai atau nama saintifiknya adalah Citrrullus lunatus adalah sejenis buah-buahan dari keluarga Cucurbitaceae yang sangat popular diseluruh dunia.

Ia merupakan antara buah yang sangat digemari oleh orang ramai kerana rasanya yang manis selain memberikan kesegaran sewaktu makan di waktu panas.

Untuk pengetahuan anda, buah Tembikai berasal daripada kawasan benua Afrika sebelum diperluaskan penanamannya di kawasan Meditrenean dan kini di kawasan Asia serta seluruh dunia.

Jenis-Jenis Tembikai

Terdapat beberapa kategori tembikai. Ia termasuk:

Tembikai Jenis Biji

Biasanya tembikai ini berbentuk bulat atau bujur dan beratnya antara 6kg hingga 9kg. 

Antara contoh tembikai yang mempunyai biji adalah:

  • Black Diamond Watermelon – Ia hadir dengan bentuk lonjong yang beratnya adalah sekitar 13kg dan ia hadir dengan rasa yang pelbagai dan rangup. Biasanya, ia mempunyai warna merah yang sedikit terang selain kulit luarnya berwarna hijau gelap.
  • Calsweet Watermelon – Ia mempunyai rasa lebih manis dan berbentuk bulat. Pada bahagian luar, anda akan melihat selang seli antara warna hijau terang dan hijau gelap.

Tembikai Tanpa Benih

Tembikai hibrida yang paling popular kerana sifatnya tanpa biji. Tembikai ini biasanya sekitar 6kg. Tembikai tanpa biji selalunya mempunyai biji putih yang kecil dan mudah dimakan.

Beberapa jenis tembikai yang termasuk dalam kategori ini termasuk:

  • Captivation Watermelon – Ia hadir dengan bentuk lonjong yang beratnya adalah sekitar 12kg dan ia hadir dengan rasa yang manis dan rangup. Biasanya, ia mempunyai warna merah yang cerah.
  • Amarillo Watermelon – Ia adalah tembikai warna kuning yang mempunyai rasa lebih manis dan ringan apabila dimakan.
  • Bijou Watermelon – Jenis ini hadir dengan berat dan saiz yang sedikit kecil. Anda akan mendapati isi dalamnya berwarna merah yang pekat dan rasa yang manis.

Buah Dari Keluarga Tembikai

Berikut adalah buah yang sebahagian daripada keluarga ‘Curcurbitaceae’ yang menjadikannya sepupu terdekat tembikai:

  • Timun
  • Labu
  • Skuasy

Secara global, pengeluaran tembikai hampir mencecah sebanyak 99.16 billion metrik tan tembikai dihasilkan pada tahun 2010. Antara negara pengeluar utama tembikai di dunia adalah China dengan penanaman seluas 1.83 juta hektar menghasilkan sebanyak 66.3 billion metrik tan. Ia diikuti dengan negera Turki, Iran dan Russia.

Penanaman Tembikai Di Malaysia

Di Malaysia, penanaman tembikai banyak dilakukan di  Johor, Kedah, Pahang, Kelantan dan Terengganu.  Ia ditanam di ladang agro dengan keluasan sekitar 13,814 hektar.

Mengikut sumber dari FFTC, ia dianggarkan Malaysia telah mengeluarkan sebanyak 220,226 metrik tan pada tahun 2014. 

Tembikai yang ditanam di Malaysia adalah untuk pasaran domestik dan juga pasaran luar yang mana hampir 62% dieksport ke Singapura, 33% ke China dan selebihnya ke Hong Kong, Thailand. dan Negara Timur Tengah. 

Sumber: FFTC whataboutwatermelon

Komen