Carian
Tips Penjagaan Kulit – Lindungi Kulit Dari Rosak Akibat Cahaya Biru
July 7, 2021 Lina Rosli

Bekerja dari rumah telah memberi kesan kepada kebanyakan individu tidak kira dari segi mental mahupun fizikal.

Tambahan lagi, menurut data yang dikeluarkan di Global Web Index, rakyat Malaysia menghabiskan masa hampir 10 jam di hadapan peranti pintar menggunakan internet dengan peratus penggunaan mencecah 96.7%.

Jadi, apabila jam penggunaan semakin meningkat, semakin banyak anda terdedah dengan cahaya biru yang dikeluarkan dari peranti ini yang mana tanpa disedari menyebabkan tekanan pada kulit dan penuaan pramatang.


Ada penyelidikan menunjukkan cahaya biru dari alat elektronik boleh menyebabkan perubahan pada sel kulit termasuk penyusutan sel  yang boleh mempercepat proses penuaan. Bahkan pendedahan sesingkat 60 minit turut akan mencetuskan perubahan dan menyebabkan pigmentasi.

Malah, pendedahan berterusan terhadap cahaya biru dari masa ke masa juga boleh merosakkan sel retina dan menyebabkan masalah penglihatan selain boleh menyumbang kepada pertumbuhan pada penutup yang jelas di bahagian putih mata.

Oleh itu, bagi memastikan kulit anda kekal sihat dan segar, Tajria hari ini akan berkongsi tips kepada anda bagi membantu melindungi dan meremajakan kulit di samping mengembalikan kulit anda ke keadaan yang cerah dan berseri.


Berikan Urutan Muka Yang Lembut

Kulit kita adalah organ yang lembut dan harus dirawat dengan lembut, dari perawatan kulit yang kita gunakan hingga jumlah tekanan yang kita gunakan ketika menyentuh wajah kita.

Oleh itu, selepas beberapa jam duduk di hadapan komputer riba, anda disarankan untuk menyegarkan muka anda dengan memberikan urutan lembut.

  • Caranya, gunakan air suam dan bilas muka anda.
  • Pastikan anda tidak menggunakan air panas pada suhu tinggi kerana ia akan merosakkan kulit dan menyebabkan kerengsaan.
  • Semasa mengeringkan wajah anda, tepuk secara perlahan pada muka menggunakan kain lap yang lembut.

Kekal Hidrasi Sepanjang Masa

Tidak dinafikan, hidrasi adalah kunci utama untuk tubuh yang segar sama ada di dalam atau di luar.

Malah, hidrasi juga adalah penyelesaian anti-penuaan terbaik kerana ia membantu memperbaiki garis-garis halus, kedutan selain mencegah tanda-tanda penuaan dan kulit kusam.

Oleh itu, berikan kulit anda peningkatan kelembapan dengan mempersiapkan kulit dengan rutin. penjagaan kulit yang tepat pada waktu siang dan malam untuk kulit licin dan anjal sepanjang hari.


Amalkan Penggunaan Pelembap

Pelembap yang diformulasikan dengan baik dapat membantu menguatkan dan memperbaiki dan menghalang cahaya biru melepasi kulit.

Dengan adanya produk yang bersesuaian seperti Laneige Radian-C Cream, ia membantu memberikan sifat pelembap yang kuat dalam tekstur yang ringan dan selesa sekaligus dapat mengekalkan kehidratan dalam kulit dan juga melegakan kerengsaan.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh mula membeli krim ini pada harga RM130 untuk botol 30ml dan RM210 untuk botol 50ml. Jangan lupa untuk dapatkannya di butik Laneige atau kedai atas-talian rasmi Laneige, Lazada, Shopee, Zalora dan Hermo. 

Komen