Carian
Mitsui Shopping Park LaLaport Akan Dibuka Tahun Ini Di Berdekatan Berjaya Times Square
July 7, 2021 Lina Rosli

Sebelum ini Mitsui Outlet Park telahpun dibuka di berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia iaitu KLIA dan KLIA 2.

Bagi yang tidak mengetahui, Mitsui Outlet Park Kuala Lumpur adalah pusat membeli-belah dari Jepun yang menawarkan pelbagai barangan berjenama dengan harga yang menarik. Untuk versi Outlet ini, ia menampilkan ruang komersial lebih dari 24.000 meter persegi selain mempunyai sekitar 140 butik kelas pertengahan dan juga kelas mewah.


Terbaru, dengan keluasan sebesar 1.4 juta kaki persegi, sebuah lagi rangkaian Mitsui dijangka akan dibuka di pusat bandar Kuala Lumpur iaitu di kawasan Bukit Bintang City Centre.

Mitsui Shopping Park LaLaport adalah pusat LaLaport pertama di Asia Tenggara yang ditampilkan bagi mewujudkan destinasi sehenti untuk membeli-belah yang mencadangkan gaya hidup baru kepada masyarakat setempat.


Melalui perancangan yang diperlihatkan, ia akan membawakan sekitar 400 kedai yang mana menawarkan jenama kelas pertengahan dan mewah yang merangkumi pakaian, aksesori, minyak wangi, kosmetik, barang keperluan rumah dan banyak lagi.

Berdasarkan pelan pembangunan Mitsui Shopping Park LaLaport, ia hadir dengan kemudahan akses pengangkutan awam dari LRT dan Monorel stesen Hang Tuah. Anda juga boleh berhenti di MRT stesen Merdeka dan berjalan kaki. selama 5 minit ke lokasi berkenaan.

Sumber: Mitsui

Komen