Carian
Mengapa Burung Di Dalam Kelompok Tidak Berebut Untuk Makanan?
July 8, 2021 Lina Rosli

Mengapa burung bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam bentuk kolompok?

Salah satu sebabnya adalah ia bagi menjamin keselematan dan mengurangkan risiko dari serangan pemangsa kerana sekumpulan besar burung lebih kuat dan dapat berlindung antara satu sama lain dengan lebih baik.

Untuk pengetahuan anda, kelompok burung mungkin mempunyai ukuran yang berbeza selain terjadi pada musim yang berlainan. Malah, untuk setiap kolompok burung juga, ia bahkan terdiri dari spesies yang berbeza yang dapat bekerjasama dalam satu kumpulan.


Kelebihan Burung Terbang Dalam Kelompok?

Selain membantu melindungi mereka dari musuh, terdapat beberapa kelebihan lain dalam tabiat mereka terbang berkumpulan termasuk:

Mudah untuk mencari makan

Burung sering membentuk kawanan ketika mencari makan, yang membolehkan banyak burung memanfaatkan bekalan makanan yang sama.

Apa yang menarik mengenai kehadirang kelompok burung ini adalah kumpulan ini terdiri daripada spesies campuran berlainan, namun mendapatkan sumber makanan yang serupa tetapi dengan cara yang tidak bersaing.


Bertindak sebagai pelindung

Sekumpulan burung yang lebih besar mempunyai peluang yang lebih baik untuk melihat seekor pemangsa atau ancaman lain yang datang ke arah mereka berbanding jika mereka terbang berseorangan.

Selain itu, sekumpulan burung juga dapat mengelirukan atau membanjiri pemangsa melalui penerbangan yang bergerak serta bertindak dengan lebih tangkas.

Bukan itu sahaja, burung juga membentuk kelompok komunal di kawasan bersarang yang disebut rookery. Dalam rookery, setiap sarang secara individu diawasi oleh burung induk yang menjaga anak mereka, tetapi sarangnya mungkin sangat dekat antara satu sama lain. Ini membolehkan sekumpulan burung memanfaatkan keuntungan bergerak dalam kelompok yang mana burung dewasa yang lain turut boleh menjaga anak burung dari pemangsa.

Aerodinamik

Ketika burung terbang di kawanan, mereka sering mengatur diri mereka dalam bentuk atau formasi tertentu seperti formasi V.

Menurut kajian Muzium Alam Peggy Notebaert, ia menunjukkan bahawa burung yang terbang dalam formasi V hanya menghabiskan separuh tenaga berbanding burung yang terbang sendirian. 


Pembentukan tersebut memanfaatkan corak angin yang berubah berdasarkan jumlah burung di dalam kelompok dan bagaimana setiap sayap burung membuat arus yang berbeza.

Melaluinya, ia membolehkan burung terbang menggunakan udara di sekitarnya dengan cara yang paling cekap tenaga. Selain itu, dengan formasi ini juga ia.  mampu membuatkan burung terbang lebih lama tanpa memerlukan rehat sewaktu migrasi.

Berkongsi kehangatan

Jika kumpulan burung di negara beriklim sejuk, biasanya mereka akan terbang berkumpulan bagi berkongsi kehangatan komunal untuk bertahan dari suhu sejuk yang teruk. Banyak burung kecil seperti chickadees dan bluebirds akan berkongsi ruang dengan anak burung untuk kekal hangat.

Sumber: reconnectwithnature rspb

Komen