Carian
Sedang Mencari Alat Pembaur Untuk Rumah? Ini Adalah 5 Cadangan Yang Boleh Didapati Di Shopee
July 8, 2021 Lina Rosli

Salah satu trend gaya hidup masa kini adalah memastikan persekitaran rumah selesa dan kondusif. Ia mungkin disebabkan masa yang diluangkan di rumah pada masa kini. adalah lebih lama berbanding anda berada di luar.

Tambahan lagi, disebabkan ruang rumah yang kecil, sudah tentu ia memerlukan anda dalam menguruskan aliran pengudaraan supaya menjadi lebih baik. Jadi, dari situlah bermula penggunaan pembaur (diffuser) dan juga pelembap udara (humidifier) oleh kebanyakan individu.

Apakah Perbezaan Alat Pembaur Dan Pelembap Udara?

Secara umumnya, kedua-dua alat ini hadir dan mempunyai fungsi yang seakan sama yang mana ia akan mengubah minyak pati menjadi butiran kecil untuk dibaurkan iaitu disebar ke seluruh ruangan bilik. 

Jadi, mana satu yang lebih baik untuk minyak pati? Jawapannya, ia bergantung kepada keperluan ruangan anda. Hal ini kerana, terdapat sesetengah jenama yang mengeluarkan pembaur dan pelembap dalam satu produk.

Perbezaan yang paling ketara ialah saiz. Jadi, untuk ruang yang lebih kecil, pembaur adalah saiz yang sesuai yang mana ia juga turut direka khusus untuk digunakan bersama minyak pati. Manakala pelembap udara mempunyai saiz yang lebih besar selain direka untuk mengawal tahap kelembapan dalam udara.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan alat pembaur untuk bilik anda, berikut adalah beberapa pilihan rekaan yang boleh anda dapatkan mengikut keperluan dan keutamaan anda.

Ultrasonic Turning Color Cup Humidifier/Diffuser

Produk ini merupakan gabungan pembaur dan juga pelembap yang mana ia menampilkan binaan yang diperbuat daripada ABS, PP dan silikon.

Ia akan menyalakan lampu malam apabila anda menekan butang dan ia akan bertukar warna. Sementara jika ingin mematikannya, anda boleh menekan lama butang tanpa mempengaruhi udara lembap yang keluar darinya.


Ia juga hadir dengan frekuensi tinggi ultrasonik yang mana akan. menjaga udara lembap sekaligus melembapkan kulit dan mengurangkan radiasi tanpa menganggu waktu rehat anda.

Disebabkan saiznya yang kecil dan mudah alih, ia sesuai digunakan sebagai penyegar udara kereta ataupun ruang pejabat dan bilik tidur.

Beli di Shopee: Ultrasonic Humidifier/Diffuser – RM18.66

LUV LIFE 550ml Wood Grain Aromatherapy Ultrasonic Diffuser

Bagi anda yang mungkin menggemari rekaan yang tampak lebih estetik, alat pembaur dari Luv Life ini adalah pilihan yang bersesuaian.

Dari segi penggunaan, ia boleh digunakan bersama sebarang jenis minyak pati sama ada 100% tulen, berasaskan air atau lain-lain. Malah, sekiranya air di dalamnya pada paras rendah, ia akan dimatikan secara automatik.


Ia juga dilengkapi dengan lampu LED dan mempunyai rupa butiran kayu semula jadi yang direka seakan bentuk bawang yang unik.

Beli di Shopee: Luv Life Wood Grain Ultrasonic – RM53.80

MUJI Air Humidifier Aroma Diffuser 

Tidak ketinggalan, untuk rekaan yang lebih minimal, anda boleh mendapatkan pembaur dari Muji. Ia dihadirkan dengan rekaan silinder yang rendah yang menampilkan pilihan warna putih dan biru serta kapasiti 300ml.


Ia berfungsi untuk melembabkan udara di dalam bilik untuk mengelakkan penghidratan, menyegarkan kualiti udara serta meneutralkan suhu di dalam bilik. Malah, ia turut mampu meneutralkan statik di udara dan mengurangkan jangkitan pada kulit.

Beli di Shopee: Muji Air Humidifier Aroma Diffuser – RM55.99

400ML HiQiLi Air Humidifier Eucalyptus

Selain itu HIQILI juga mengeluarkan rekaan pembaur yang unik. Ia menggunakan teknologi ultrasonik untuk mewujudkan persekitaran yang lembut dan sesuai untuk meningkatkan kualiti suasana di rumah anda.


Ia juga hadir dengan alat kawalan yang boleh mengatur mod masa dengan mudah iaitu 60, 120 dan 180 minit. Malah anda juga boleh menukar mod kabus untuk stim kuat atau rendah.

Beli di Shopee: HiQiLi Air Humidifier Aroma Diffuser – RM63.99

Mini USB Portable Ultrasonic Aroma Diffuser

Untuk kegunaan mudah alih yang boleh dibawa ke mana-mana tempat, pemilihan sambungan wayar jenis USB adalah pilihan yang terbaik.

Mini USB Portable Ultrasonic Aroma Diffuser menampilkan saiz sebesar 70ml sehingga 150ml. Dengan saiz yang ditampilkan, tempoh penggunaannya boleh ditetapkan kepada  30, 60, 120 dan 180 minit.


Apabila paras air terlalu rendah sebagai ciri keselamatan, ia akan dimatikan secara automatik apabila. Untuk menggunakannya, anda perlu mengisi semula air dan minyak pati yang diperlukan.

Beli di Shopee: Mini USB Portable Ultrasonic Aroma Diffuser – RM33.88

Berikut adalah beberapa pilihan yang boleh anda dpaatkan bermula hari ini. Walau bagaimanapun, harus diingatkan alat pembaur dan pelembap udara ini bukanlah alat penyembuhan kesihatan. Ia hanya berfungsi dalam membantu mengekalkan kelembapan dan bertindak sebagai penapis udara yang mengambil alergen keluar dari udara.

Komen