Carian
Bahaya Atau Tidak Guna Peralatan Memasak Jenis Silikon?
July 8, 2021 Lina Rosli

Peralatan dapur silikon semakin popular dalam kalangan individu terutamanya suri rumah. Ia mungkin disebabkan kehadiran pilihan warna yang pelbagai serta rekaannya yang tampak menarik dan moden.

Tidak seperti peralatan memasak yang diperbuat daripada campuran aluminium dan kayu, senduk atau spatula jenis siliko juga sangat ringan. Malah, ia juga bersifar mesra pengguna dan berfungsi dengan baik dengan peralatan memasak yang tidak lekat (non-stick pan).

Namun, yang menjadi persoalan adalah, adakah peralatan ini selamat untuk digunakan? Adakah sewaktu gunakan untuk memasaknya tidak beracun dan selamat untuk mengendalikan makanan?


Apakah yang dimaksudkan peralatan memasak silikon?

Silikon adalah sejenis polimer sintetik yang tahan panas berbanding polimer organik.

Ia digunakan dan dikomersialkan secara meluas di banyak industri termasuk hadir dalam produk penjagaan diri, automotif, elektronik dan banyak lagi.  Oleh sebab ia mempunyai daya tahan yang tinggi, biasanya ia dapat partikel di dalamnya dilihat stabil dalam pelbagai suhu.

Sebilangan besar produk silikon dapat bertahan sehingga suhu 260 darjah Celsius. Namun, walaupun ia dapat bertahan pada suhu yang tinggi, ia masih tidak boleh dimasukkan ke dalam ketuhar, dishwasher atau suhu yang lebih tinggi dari yang sepatutnya.

Jika anda melakukan sedemikian, ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kualiti makanan sekaligus akan mendatangkan risiko yang berbahaya.


Jadi, adakah silikon selamat digunakan sewaktu memasak?

Jawapannya ya, peralatan memasak silikon selamat digunakan.

Menurut Food Drug Association, peralatan memasak silikon telah dilabel sebagai Generally Recognize as Safe(GRAS).  Tetapi, ia setakat ini hanyalah berdasarkan kajian yang dilakukan pada peralatan memasak silikon pertama iaitu spatula yang telah dijual pada tahun 1980-an.

Dalam beberapa tahun terdekat, FDA tidak melakukan kajian keselamatan susulan pada alat memasak silikon. Namun setakat ini, hanya sedikit bukti yang menunjukkan bahawa alat memasak silikon tidak selamat.

Walau bagaimanapun, anda masih perlu memastikan bahawa silikon tersebut 100% tulen. Hal ini kerana, terdapat banyak variasi dalam kualiti peralatan memasak silikon dengan alternatif yang murah dan berkualiti rendah telah dijual di pasaran. Disebabkan itu, ia mencetuskan sedikti kebimbangan mengenai keselamatan dan prestasi buruk yang akan ditampilkan.

Sumber: FDA leafscore delishaby

Komen