Carian
Adakah Berbahaya Jika Digigit Kucing – Khuatir Risiko Kancing Gigi?
July 9, 2021 Lina Rosli

Tahukah anda gigitan kucing atau haiwan seperti monyet, tikus dan anjing adalah berbahaya?

Hal ini kerana,  i dalam mulut mereka, semua kucing membawa sebilangan besar bakteria yang mampu menyebabkan jangkitan tisu pada luka gigitan. Antara bakteria yang biasa dijumpai adalah jenis yang sangat patogenik yang dikenali sebagai Pasteurella multocida dan juga Clostridium tetani.


Apa itu Pasteurella multocida?

Pasteurella adalah organisma yang boleh menyebabkan pelbagai jangkitan pada manusia, biasanya akibat calar kucing, atau gigitan kucing atau anjing.

Jika ia dijangkiti pada manusia, ia akan menyebabkan meningitis, jangkitan okular dan jangkitan pernafasan lebih-lebih lagi pada pesakit dengan penyakit paru-paru.

Tanda-tanda jangkitan bakteria ini akan muncul dalam 3 hingga 6 jam.

Apa itu Clostridium Tetani?

Ia adalah bakteria yang boleh menyebabkan kancing gigi. 

Kebiasaannya, bakteria tersebut terdapat banyak di kawasan pertanian dan kawasan yang terlibat dalam aktiviti mengendalikan najis haiwan.

Spora Clostridium tetani boleh masuk ke dalam tubuh manusia melalui luka atau gigitan haiwan. Antara gejala jangkitan ini adalah seseorang boleh mendapat kekejangan otot yang lazimnya ia bermula pada otot-otot rahang yang dipanggil lockjaw atau trismus dan kemudiannya melarat ke otot leher, otot peha dan otot belakang.

Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Jika Digigit Kucing Atau Haiwan Peliharaan

Terdapat beberapa maklumat yang penting yang perlu diketahui oleh doktor semasa mengendalikan kes gigitan haiwan seperti:

  • Masa dan tempat kejadian berlaku
  • Bilangan dan jenis haiwan yang mengigit
  • Keadaan haiwan sebelum gigitan berlaku
  • Bagaimana gigitan haiwan berlaku
  • Status imunisasi haiwan dan mangsa

Jika luka yang terjadi akibat gigitan haiwan ini adalah kecil dan pada permukaan kulit sahaja, ia boleh diuruskan dengan mencuci bahagian luka itu dengan air yang banyak dan sabun.

Namun, jika luka yang terjadi melibatkan kerosakan tisu yang besar dan tercetus pendaragan, anda dikehendaki untuk mencuci luka tersebut dan segera berjumpa doktor.


Rawatan Untuk Pencegahan Penyakit Lain Termasuk Rabies

Seperti yang dinyatakan di atas, mulut haiwan mengandungi perlbagai kuman dan bakteria. Jadi terdapat beberapa rawatan akan diberikan berdasarkan tahap kritikal luka anda.

Suntikan Imunisasi

Untuk pengetahuan anda, semua gigitan haiwan memerlukan suntikan immunisasi tetanus kerana gigitan haiwan dikategorikan sebagai berisiko untuk berlakunya penyakit kancing gigi.

Bagi mereka yang telah mempunyai imunisasi tetanus yang lengkap dan melebihi daripada 5 tahun, suntikan tetanus booster perlu diberikan.

Pemberian antibiotik

Doktor akan menentukan keperluan pemberian antibiotik bergantung faktor-faktor seperti tempat gigitan, haiwan yang menggigit, usia mangsa dan masalah kesihatan yang lain.

Pastikan Haiwan Peliharaan Anda Mendapatkan Suntikan Vaksin Untuk Penyakit Zoonatik

Rabies merupakan sejenis penyakit zoonotik dan dikenali sebagai penyakit anjing gila yang disebakan sejenis virus dikenali sebagai Lyssavirus.

Di Malaysia, anjing merupakan satu-satunya haiwan yang boleh membawa penyakit Rabies kerana mereka merupakan haiwan reservoir. Menurut WHO, Malaysia dikategorikan sebagai negara yang mempunyai risiko yang rendah bagi penyakit rabies disebabkan kitaran penyakit rabies adalah secara ‘urban cycle’.

Namun, sebagai pemilik haiwan peliharaan, pastika kucing, anjing atau haiwan yang lain telah diberikan vaksinasi pada haiwan itu termasuk vaksin untuk rabies.

Sumber: abcdcatsvets  jknjohor myhealth familydoctor 

Komen