Oleh kerana kebanyakan kita berada dalam mod bekerja dari rumah atau WFH, pastinya ada segelintir yang akan melakukan kerja sama ada sambil duduk di sofa, di atas katil ataupun di lantai.
Apabila aktiviti ini berlaku untuk temph yang lama, ia akan mengakibatkan rasa tak selesa sehingga boleh menyebabkan sakit belakang.
Bagi mengelakkan kesan yang lebih teruk pada masa akan datang, anda perlu mempertimbangkan tempat kerja yang selesa, cara pergerakan tubuh yang lebih baik selain mampu memberikan kelancaran pada peredaran darah dalam tubuh.
Bagaimana Untuk Memelihara Keselamatan Tulang Belakang Anda?
Tulang belakang adalah elemen penting dalam tubuh badan kerana jika berlaku sesuatu padanya, ia akan mempengaruhi semua aspek kehidupan anda.
Untuk pengetahuan anda, keselamatan tulang belakang bermula di saat anda bangun pagi hingga anda kembali tidur. Dalam tempoh masa itu, terdapat pebagai aktiviti yang anda lakukan seperti duduk di hadapan komputer riba, menonton televisyen, memasak, mengemas rumah, mengangkat barang dan banya lagi.
Jadinya, bagi melakukan kesemua aktiviti ini, anda perlu mengetahui posisi atau teknik apakah yang perlu anda lakukan bagi mengelakkan sakit belakang.
Kedudukan atau posisi baring yang betul
Anda boleh mencuba salah satu daripada kedudukan ini semasa anda berbaring:
- Berbaring telentang dengan lutut dibengkokkan dan disokong oleh bantal besar.
- Berbaring di lantai dengan kaki diletakkan di atas kerusi sofa atau kerusi.
- Berbaring di sebelah anda dengan lutut dan pinggul dibengkokkan dan bantal di antara kaki anda.
- Elakkan daripada berbaring pada bahagian perut kerana ia akan memburukkan lagi rasa sakit belakang.
Kedudukan atau posisi duduk yang betul
Untuk pengetahuan anda, duduk di atas katil lama di atas katil boleh menyebabkan sakit belakang yang teruk. Ia kerana anda cenderung membengkokkan badan apabila duduk di tempat lembut.
- Oleh itu cari tempat yang mempunyai tempat untuk bersandar supaya ia memberikan sokongan kepada baghagian belakang anda.
- Tukar kedudukan setiap 30 minit. Sekiranya anda mesti duduk dalam jangka masa yang lama, berehatlah dari duduk. Bangun dan berjalan-jalan atau berbaring dalam keadaan selesa.
- Apabila merasakan otot anda seakan kejang, anda boleh letakkan pad pemanasan pada suhu rendah atau sederhana selama 15 hingga 20 minit setiap 2 atau 3 jam.
Selain itu, anda juga perlu berjalan-jalan pendek untuk melegakan tulang belakang anda. Pastikan anda berjalan di permukaan yang rata dan elakkan bukit dan tangga sehingga tulang belakang anda menjadi lebih baik.
Posisi Sewaktu Mengangkat Barang
Untuk mengelakkan sakit belakang, belajar mengangkat dan membengkok dengan betul.
- Sekiranya objek terlalu berat atau canggung, dapatkan bantuan.
- Jarakkan kaki atau berdiri pada posisi bukaan yang luas sewaktu mengangkat barang pada paras rendah.
- Berdiri sedekat mungkin ke objek yang anda angkat.
- Bengkokkan lutut bukan pinggang anda.
- Pegang objek sedekat mungkin dengan badan anda.
Malah, semasa anda berdiri sambil memegang kotak, pastikan anda tidak membongkok ke hadapan. Angkat dengan keadaan pinggang yang lurus. Selain itu, elakkan berpusing semasa anda membongkok untuk mencapai, mengangkat atau membawa kotak.
Akhir sekali, mendapatkan postur tulang belakang yang baik adalah satu keperluan. Jika anda mengamalkan tabiat yang tidak elok, ia akan memberi kesan untuk jangka masa panjang. Jadi, sayangi tubuh badan anda:)
Sumber: spineuniverse myhealth.alberta medlineplus