Carian
Kebaikan Pistacio – Ini 3 Resipi Menggunakannya Yang Boleh Anda Sediakan
July 9, 2021 Lina Rosli

Kacang Pistacio sememangnya menjadi pilihan kebanyakan individu yang mengamalkan rutin diet sihat. Hal ini kerana, pengambilan pistacio sebagai snek harian kerana reputasi kebaikannya dalam memberikan khasiat pemakanan, kaya dengan serat dan bertindak sebagai agen antioksidan.

Selain itu, Pistacio juga adalah sumber protein yang baik yang mana dengan hanya satu hidangan pistachio, ia sudah menghampiri jumlah protein yang serupa dengan telur.


Selain itu juga, Pistachio dilengkapi 30 vitamin dan mineral yang berbeza seperti vitamin B6, kalium, fosforus, tiamin dan banyak lagi. Seperti yang dinyatakan tadi, Pistacio mengandungi serat yang mana ia dikatakan sangat sesuai diambil oleh anda yang memiliki masalah pengambilan gluten. Jadinya, ia boleh menjadi pengganti kepada oat dan juga gandum.

Resipi Berasaskan Pistacio Yang Boleh Anda Cuba

Berikut adalah beberapa resipi mudah yang boleh anda sediakan di rumah tanpa menggunakan bahan rumit:

Salad Pistacio Dengan Salmon
  • 1 cawan pistacio dicincang kasar
  • 1 cawan kismis
  • 1 ikat baby spinach
  • 1 keping salmon
  • 2 sudu besar minyak canola
  • 1 sudu cuka epal
  • 1/2 sudu garam
  • 1 sudu serbuk lada hitam

Cara memasak:

  1. Panaskan pan dan masukkan sedikit minyak zaitun. Panggang ikan salmon sehingga masak. Kemudian, masak sekejap baby spinach.
  2. Di mangkuk lain, campurkan bersama pistacio cincang dan masukkan kismis. 
  3. Kemudian, tambah baby spinach yang dimasak sebentar dan gaul sekata.
  4. Tambah garam, lada hitam dan cuka.
  5. Akhir sekali, letak sedikit minyak canola dan hidangkan bersama salmon. 
Salted Pistachio Brittle

  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan madu atau sirap jagung
  • 1 cawan pistacio hancur
  • 1 sudu mentega
  • Sedikit garam
  • 3/4 sudu sodak penaik

Cara memasak:

  1. Letakkan sedikit minyak masak ke dalam non-stick pan.  Kemudian, masukkan gula, madu dan 3 sudu besar air dalam periuk sederhana. 
  2. Kacau dengan api sederhana hingga gula larut. Biarkan masak sehingga mendidih dalam tempoh masa sekitar 3 hingga 4 minit.
  3. Seterusnya, masukkan pistachio, mentega, dan garam.
  4. Biarkan ia masak dan pastikan anda kacau dengan kerap.
  5. Taburkan soda penaik ke atas dan kacau dengan cepat sehingga sebati. Akhir sekali, letakkannya ke atas loyang dan biarkan ia keras.
Roti Bakar Dengan Pistacio

  • 2 keping roti gandung atau wholemeal
  • 1/2 sudu avocado yang dilenyekkan/dihancurkan
  • 1/4 cawan kacang pistacio yang dihancurkan
  • 2 sudu madu
  • sedikit garam

Cara Memasak:

  1. Bakar roti kira-kira 2 minit setiap sisi.
  2. Kemudian, sapukan avocado dengan menambahkan sedikit garam ke dalam sapuan.
  3. Letakkan kacang pistacio yang dihancurkan ke atas roti.
  4. Untuk rasa sedikit manis, anda boleh letakkan madu di atasnya. 

Fakta Menarik Mengenai Pistacio

Seperti yang anda tahu, pistachio berasal dari buah yang dituai, direndam dan kemudian dikeringkan. Apabila ia matang, cengkerang pistachio berubah warna dari hijau menjadi kuning dan terbelah sebahagiannya.

Untuk namanya, ia berasal dari cengkerang yang kelihatan tersenyum. Di China pistachio dikenali sebagai ‘kacang gembira’ dan mereka sering diberikan sebagai hadiah semasa Tahun Baru Cina. Ia juga merupaka antara kacang yang tertua yang mana telah dimakan sejak 9,000 tahun lalu.

Sumber: Organic Authority  bonappetit 

Komen