Jika di Asia Tenggara, buah durian boleh dikatakan di antara buah yang paling mendapat banyak sambutan.
Pelbagai jenis durian boleh anda dapatkan termasuk durian kampung, D24, udang merah, duri hitam dan banyak lagi. Apabila tiba musim durian, pastinya ramai yang akan berpusu-pusu mendapatkan buah tersebut di mana-mana kebun atau lokasi jualan yang berdekatan.
Namun, tidak seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand atau lain-lain negara, individu dari negara barat sering mengatakan buah ini mengandungi bau yang busuk dan pelik. Mengapa sedmikian?
Mengapa Durian Mempunyai Bau Yang Kuat?
Menurut laporan Science Daily, pulpa durian yang telah masak atau ranum akan mengeluarkan bau yang sangat kuat dan berterusan.
Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan di Leibniz-Institute for Food Systems Biology di Technical University of Munich (Leibniz-LSB @ TUM), ia mengesahkan bahawa durian mengandungi etionin asid amino. Melalui kehadirannya di dalam durian, ia memainkan peranan penting dalam pembentukan bau durian yang unik.

Untuk pengetahuan anda, bau ini hanya berlaku selepas durian tersebur telah matang yang mana enzim khusus tumbuhan ini akan melepaskan bau dari etionin. Jadi, semakin lama buah masak, semakin tinggi kepekatan etionin dalam pulpa sekaligus menyebabkan bau etanetiol juga semakin kuat.
Sama seperti bau bawang putih, kopi, rempah ratus dan herba, durian juga tergolong dalam kumpulan yang mengandungi sebatian sulfur yang mudah menguap atau Volatile Sulphur Component (VSC). Secara tradisinya, VSC dikaitkan dengan rasa yang tidak menyenangkan, namun peranan sulfat yang mudah menguap inilah yang akan mencetuskan perasa kepada buah.

Bagaimana Cara Menghilangkan Bau Durian Di Dalam Peti Sejuk?
Terdapat beberapa cara yang dikatakan mampu mengurangkan bau durian di dalam peti sejuk. Ia termasuk:
Penggunaan Soda Penaik
- Letakkan soda penaik ke dalam bekas atau mangkuk kecil.
- Kemudian, susun mangkuk tersebut di rak atas dan satu lagi di rak bawah.
- Ganti sodak penaik setiap beberapa hari sehingga bau durian hilang.
Penggunaan Serbuk Atau Biji Kopi
- Taburkan sedikit biji atau serbuk kopi ke dalam mangkuk dan masukkan ke dalam peti sejuk.
- Aroma kopi yang kuat memerlukan sekitar dua hari untuk meneutralkan bau durian.
Letak Potongan Lemon
- Potong sebiji lemon menjadi kepingan nipis.
- Tambah sedikit air supaua lemon tenggelam dan biarkan bancuhan lemon di setiap rak di dalam peti sejuk.
- Selain lemon, anda juga boleh menggunakan buah sitrus lain seperti limau dan oren.
Untuk lebih praktikal, anda boleh semburkan air lemon ke setiap bahagian peti sejuk jika anda ingin meneutralkan bau lebih cepat dan mudah.
Sumber: PUBS ASC Science Daily Medium Durians