Carian
Berapa Lama Sayuran Dapat Bertahan Selepas Dibuang Kulit?
July 12, 2021 Lina Rosli

Kebanyakan sayuran segar mampu bertahan sehingga 4 atau 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk. Prose penyejukkan boleh membantu menyelamatkan tisu tumbuhan dari proses kimia yang dikeluarkan oleh mereka sendiri. Hasilnya, proses penuaan tidak akan berlaku secara drastik.

Namun, bagaimana pula dengan sayuran yang telah dihiris atau divuang kulitnya? Adakah Ia dapat bertahan sama seakan sayuran biasa yang lain?


Keselamatan Sewaktu Membeli Sayuran Di Pasaran

Untuk pengetahuan anda, sewaktu membeli atau memakan sayuran dan buah-buahan, pastikan anda tidak mengambil atau memilih produk yang lebam, berkulat atau rosak dengan cara apa pun.

Hal ini kerana, ia berkemungkinan besar telah mengandungi mikroorganisma atau bakteria berbahaya sehingga boleh menyebabkan buah-buahan dan sayuran rosak. Akibat apabila anda tetap mengambilnya, ia boleh membawa kemudaratan seperti  keracunan makanan.

Secara umumnya, terdapat dua peraturan umum ketika mengendalikan buah-buahan dan sayuran segar. Ia termasuk: 

  • Untuk buah seperti avocado, kiwi, mangga, tembikai, betik dan tomato anda perlu menyimpannya pada suhu bilik. Namun, jika ia telah masak atau sudah mula matang, anda perlu menyimpannya pada suhu rendah seperti di dalam cooler peti sejuk.
  • Sementara, untuk sayuran padat seperti kentang, labu, ubi, bawang putih dan bawang merah adalah tidak disarankan untuk disimpan di dalam peti sejuk. Namun, pastikan anda tidak menyimpannya di tempat lembap dan berwap kerana jika berlaku sedemikian, ia boleh menjadikan bahan makanan anda rosak dan berair.

Apakah Yang Perlu Anda Buat Selepas Mengupas Atau Membuang Kulit Sayuran Seperti Ubi, Kentang, Labu?

Untuk sayuran seperti ubi, labu dan kentang yang telah dibuang kulit, anda perlu menyimpannya di dalam peti sejuk pada suhu sekitar bawah 4 darjah Celsius.

Sayuran tanpa kulit juga hanya boleh bertahan sekitar dua jam sahaja pada suhu bilik sementara satu hingga dua hari jika disimpan di dalam peti sejuk. 

Jadinya, adalah lebih baik jika anda tidak mengupas atau memotong bahan-bahan ini sekiranya anda belum ingin memasaknya lagi.


Jika anda mendapati peti sejuk anda telah menyimpan sayuran atau buah-buahan yang telah terdedah pada suhu bilik lebih dari dua jam setelah dikupas atau dipotong, maka anda perlu membuangnya serta merta.

Selain itu, sentiasa gunakan bekas bersih untuk menyimpan sayur-sayuran dan buah-buahan yang sudah dicuci.

Bagi menjamin keselamatan sayuran dan buah-buahan juga, anda tidak boleh menyimpannya di dalam bekas yang mempunyai makanan laut, daging atau ayam mentah.

Komen