Jikalau anda melihat kepada trend dalam penawaran pakaian, rekaan jenis berjalur anda salah satu rekaan yang sangat popular dan sering menjadi pilihan kebanyakan individu.

Ia tidak hanya digunakan secara meluas dalam rekaan pakaian wanita sahaja, ia turut mendapat perhatian ramai pereka termasuk untuk pakaian lelaki dan juga kanak-kanak.

Menurut pandangan penulis sendiri, pakaian dengan corak jalur ini mendapat populariti yang sangat tinggi kerana ia memberikan kesan atau imej yang lebih kasual tetapi masih tampil formal selain menjadi fesyen selamat untuk pelbagai jenis acara.

Untuk wanita, corak jalur ini sering digunakan dalam penawaran pakaian jenis gaun, seluar, kemeja, tshirt, skirt, tudung dan banyak lagi. Sementara untuk lelaki pula, pakaian berjalur digunakan terutamanya untuk membuat tali leher, baju, dan juga sut.

Berikut adalah 7 jenis jalur yang paling biasa dipakai dalam industri fesyen.

Jalur Kod bar

Corak jalur kod bar terdiri daripada jalur berukuran berbeza yang jaraknya saling berdekatan. Corak ini menyerupai garis seakan kod bar yang sering kita lihat pada plastik atau kotak pembungkusan.

Jalur kod bar biasanya terdiri daripada 2 warna atau warna yang sama tetapi mempunyai nada yang berbeza-beza. Anda biasanya akan melihat jalur ini pada pakaian seperti baju kemeja lelaki dan juga wanita.


Jalur Bayadere

Sementara corak jalur Bayadere pula, adalah gabungan jalur yang berwarna terang dengan pelbagai lebar yang juga dibentangkan secara mendatar.

Kesan warna biasanya berkisar dari warna yang terang dan meriah yang kemudian disusun dalam lengkungan hitam dan tulang rusuk melintang. Untuk corak seperti ini, ia banyak digunakan dan dihasilkan di India.

Untuk pengetahuan anda, nama corak Bayadere berasal dari gadis menari Bayadere dari India, yang didedikasikan untuk kehidupan menari sejak lahir.


Jalur Bengal

Jalur ini popular di kain baju lelaki. Garis-garis dalam corak ini semuanya sama dari segi lebar dan jaraknya. Ia juga selalu disusun dengan dua warna yang berbeza yang diselang seli iaitu sama ada warna biru diselangi putih ataupun, merah diselangi putih dan sebagainya.

Untuk jalur bengal, ia selalunya hadir dengan garis yang nipis sekitar 1/4 saiz yang kerap digunakan pada acara formal yang melibatkan pemilihan pakaian untuk kerja. Biasanya, jalur bengal kelihatan bersesuaian jika dipasangkan dengan sut dan tali leher yang padat atau berpola.


Walaupun ia boleh digayakan bersama tali leher bergaris, namun pastikan anda memilih sesuatu dengan jalur besar atau jika tidak, ia mungkin mengganggu visual.

Jalur Banker

Jika jalur bengal didatangkan dengan saiz jalur 1/4, maka untuk jalur banker ia disusun dengan garis putih 1/8 yang mana lebih nipis dan rapat.

Jalur ini mula diperkenalkan pada awal tahun 1900-an. Disebabkan ia hadir dengan corak cetakan yang halus, makanya ia sangat sesuai dipadankan dengan banyak jenis pakaian kerana imej tetap tampak neutral.


Untuk jalur banker, anda boleh menggayakannya sama ada untuk gaya ke pejabat, ataupun gaya untuk keluar makan malam dan banyak lagi. Bagi anda yang ingin mengekalkan garis sederhana dan ramping, pilih potongan klasik dan padankannya dengan blazer atau seluar cerah.

Jalur Breton

Jalur Breton bahari berasal dari pakaian seragam tentera laut Perancis tradisional, tetapi masih menonjol dalam fesyen kasual yang mendominasi trend sehingga kini. Jalur ini secara tradisional melintang dan disusun dengan dua jalur cahaya bergantian dan berwarna gelap.


Sekiranya anda mencari cara mudah untuk memakai kemeja jalur Breton, anda hanya perlu memadankannya dengan seluar jeans biru atau skirt putih. Atau cara lain untuk memformalkan jalur Breton adalah dengan memasangkannya dengan blazer besar. 

Jalur awning

Jalur jenis awning adalah jalur menegak yang sangat lebar dengan warna terang pada latar belakang yang lebih ringan. Ia juga disebut garis-garis Cabana.


Untuk pengetahuan anda, jalur awning adalah yang terluas jika dibanding dengan jalur yang lain. Jalur ini sentiasa dijarakkan secara merata dan sangat sesuai untuk anda yang inginkan imej yang lebih elegan untuk fesyen harian anda.

Jalur Bayangan

Akhir sekali, Shadow Stripe atau dikenali sebagai jalur bayangan terdiri daripada jalur menegak dengan jalur lain yang bersebelahan dengannya atau bersempadan dengannya yang disusun sehingga mewujudkan kesan bayangan. Garis bayang-bayang umumnya berbeza lebarnya dan biasanya terdiri dari dua atau tiga warna yang berbeza


Penggunaan jalur ini adalah tampak lebih ringan kerana ia tidak menggunakan warna yang terlalu kontra selain mudah dipadankan untuk pelbagai jenis pakaian. Malahan, anda tak perlu risau jika anda mempunyai saiz badan yang mungkin kurus ataupun lebar kerana coraknya tidak begitu ketara.

Berikut adalah beberapa jenis jalur yang boleh anda ketahui dan bezakan sewaktu mengayakan fesyen harian anda. Semoga selepas ini ia dapat dipraktikkan dengan lebih mudah.