Apabila duduk di rumah, pastinya biskut, kek, roti, gula-gula dan makanan ringan adalah peneman setia dikala anda berada di rumah. Lebih-lebih lagi apabila duduk berseorangan di rumah, pastinya anda akan lebih kerap untuk berasa lapar dan cenderung untuk mencari snek ringan sebagai tukar kepada makanan berat.

Berdasarkan tinjauan Mondelez, sekitar 67% responden gemar mengambil snek sewaktu mereka di hadapan komputer atau berada di atas-talian. Sementara 51% responden pula akan menyediakan snek sewaktu bekerja ataupun menyertai kelas atas-talian.
Situasi ini selari dengan tabiat pemakanan yang mana individu kerap makan makanan ringan di dalam beberapa keadaan. Untuk pengetahuan anda, snacking atau pengambilan snek adalah keadaan yang mana anda akan mengambil makanan atau minuman di antara waktu makan biasa ataupun makan snek sebagai pengganti makanan berat harian.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Mondelez hadir dengan kempen #JomSnekBijak yang mana ia bagi menggalakkan individu di Malaysia menikmati makanan ringan yang tepat sepanjang hari tanpa merisikokan kesihatan menerusi mindful snacking.
Mindful Snacking adalah terma yang digunakan bagi menggalakkan individu dalam memberikan perhatian kepada snek yang mereka ambil dan mengetahui sebab pengambilan (intention dan attention).
Jadi, melaluinya individu akan lebih mengetahui dan menyedari:
- Apakah snek yang mereka ambil?
- Mengapa anda mereka mengambil snek tersebut?
- Berapa banyak kuantiti yang diambil?
- Bagamaina cara pengambilan?
- Bilakah waktu pengambilan berlaku?

Menurut data yang dikongsikan Mondelez juga, seramai 74% individu yang menyertai tinjauan mereka mengambil snek sewaktu stress dan menjadikan snek sebagai salah satu makanan comfort eating.
Comfort eating adalah tabiat pemakanan yang dilakukan bagi memenuhi keperluan emosi dan bukan keperluan tenaga. Individu cenderung untuk mengunyah makanan walaupun mereka tidak lapar. Dalam satu tinjauan yang dilakukan kepada seseorang individu, apabila ditanya mengapa mereka memilih untuk mengambil snek, respons yang paling umum adalah faktor emosi pada ketika itu dan diikuti oleh rasa lapar dan tahap tenaga yang rendah.
Sementara sekitar 42% individu pula mengambil snek sebagai alas perut dan pemberi tenaga di antara waktu makan sama ada sarapan, makan tengahari ataupun makan malam.
Langkah Untuk Mendapatkan Mindful Snacking
Untuk memastikan anda berada dalam keadaan Mindful Snacking, anda perlu memberikan perhatian penuh kepada keadaan sekeliling anda yang biasanya melibatkan beberapa langkah mudah seperti:
- Pastikan anda mengurangkan gangguan ketika makan bagi mengenalpasti apakah makanan yang diambil, apakah rasa yang anda temui dan apakah perasaan anda ketika mengambilnya.
- Menyediakan saiz hidangan yang bertepatan dengan keperluan kalori badan. Untuk langkah yang praktikal, anda boleh menggunakan teknik ‘Quarter quarter half’ yang mana 1/4 hidangan adalah dari kumpulan karbohidrat, 1/4 lagi dari kumpulan protein dan 1/2 dari kumpulan serat seperti buah-buahan dan sayuran.

- Fokus pada bau, tektur dan rasa membantu anda menghargai hidangan dengan lebih baik dan menjadikan anda peka dalam setiap pengambilan yang diambil.
- Kunyah sebati dan selesaikan satu gigitan sebelum memulakannya. Jadi apabila anda melakukan satu persatu gigitan secara teorinya ia akan memberikan mikro-rehat yang berfungsi dalam membantu meningkatkan tahap fokus anda ketika melakukan sesuatu aktiviti.
Walau apa jenis snek yang anda ambil untuk dijadikan sebagai peneman waktu siang dan malam anda, pastikan anda mengetahui berapa banyak kalori yang diambil untuk setiap hidangan dan setiasa rujuk dengan pakar nutrisi akan kesan pengambilan snek yang berlebihan kepada diri anda.