Jika anda mengunjungi kedai kopi, kafe atau apa-apa restoran, pasti anda pernah perasan yang mana terdapat pilihan minuman iaitu ‘decaffeinated’ atau ‘decaf’ di dalam menu.

Apakah yang dimaksudkan dengan decaf?

Decaf adalah nama lain bagi kopi tanpa kafein, yang dikenal sebagai kafein pendek.  Kopi jenis ini biasanya kopi biasa yang sebagian besar kafeinnya dikeluarkan sebelum biji itu dipanggang.

Menurut FDA, kopi yang dipasarkan sebagai “tanpa kafein”, ia mesti mengeluarkan sekurang-kurangnya 97 peratus kafein asalnya. Jadinya, secawan kopi tanpa kafein biasa mengandungi kira-kira 2 mg kafein, berbanding secawan kopi biasa yang mempunyai sekitar 95 mg kafein.

Adakah kopi decaf berbeza dengan kopi kafein biasa?

Perkara pertama yang harus anda ketahui mengenai kopi decaf adalah, ia masih lagi boleh menghasilkan minuman espresso sama seperti di dalam menu.

Ini bermaksud jika anda memesan latte, flat white, mocha, macchiato, cappuccino ataupun americano, ia masih lagi mempunyai aroma dan rasa yang sama seperti kopi biasa.

Dengan kata lain, penggemar kopi decaf dapat menikmati semua kelazatan yang dapat diminum oleh peminum kafein.

Bercerita mengenai kopi decaf, ia sebenarnya melalui satu proses yang dinamakan decaffeination.  Di dalam proses ini, kacang kopi akan dipanaskan dan direndam dalam cecair untuk melarutkan dan mengeluarkan kafein dengan salah satu daripada empat cara iaitu:

  • sama ada sekadar menggunakan air sahaja
  • menggunakan campuran air dan pelarut seperti methylene chloride atau ethyl acetate digunakan sama ada secara langsung atau tidak langsung
  • atau menggunakan air dan karbon dioksida superkritikal iaitu cecair karbon dioksida yang berada pada atau di atas suhu kritikal dan tekanan kritikal

Keempat-empat kaedah ini adalah selamat digunakan. Proses selepas kafein dikeluarkan, ia masih lagi akan mengikut proses biasa dalam membasuh, mengukus dan memanggang biji kopi sehingga akhir.

Jadi, adakah ia berbeza? Jawapannya, ya. Ia berbeza dari segi kandungan kafein yang terkandung. Namun dari segi rasa ia masih lagi sama cuma berkemungkinan terasa sedikit rasa masam pada hujungnya.

Adakah kopi decaf mempunyai risiko?

Kebanyakan pakar mengatakan proses decaffeination menggunakan karbon dioksida cair tidak menimbulkan risiko kesihatan. Namun, untuk proses menggunakan methylene chloride atau ethyl acetate masih mengandungi beberapa isu kontroversi.

Antaranya, apabila dihirup dalam dos kecil, ia boleh menyebabkan batuk dan sesak nafas. Sementara pada dos yang lebih tinggi, ia boleh menyebabkan sakit kepala, mual, muntah, pening dan keletihan.

Namun, pada kajian yang dilaporkan FDA pula, menyimpulkan bahawa jumlah jejak atau kesan penggunaan bahan kimia adalah terlalu sedikit untuk mempengaruhi kesihatan. Walau bagaimanapun, agensi berkenaan masih memberikan panduan ketat selain menghadkan kehadiran methylene chloride atau ethyl acetate kepada tidak lebih daripada 10 bahagian per juta, atau 0.001 peratus pada produk akhir.

Kopi Decaf Mana Yang Harus Anda Pilih?

Jika anda mengunjungi Starbucks, terdapat beberapa pilihan kopi decaf yang menarik termasuk Cold Brew, Iced Shaken, kopi ais biasa dan juga Frappuccino.

Untuk menu yang paling popular iaitu frappuccino, Starbucks mempunyai dua pilihan kategori iaitu kopi frappuccino dan krim frappuccino.

Sekiranya anda mahukan frappuccino bebas kafein, anda boleh memilih krim frappuccino.

Namun, jika anda mahukan rasa kopi tanpa kafein, pesanlah frappuccino tanpa kafein atau decaf frappuccino. Barista akan mengeluarkan sirap kopi yang berkafein dan menggantinya dengan espresso tanpa kafein.

“Kopi tanpa kafein tidak sepenuhnya bebas kafein”

Dengan ini dapat dilihat yang mana walaupun anda memesan kopi decaf, ia masih lagi ada kafein di dalamnya. Makanya, jika anda mungkin individu yang tidak bolehmengambil kafein atau mempunyai kesan sampingan ke atas pengambilan kafein, anda disarankan untuk merujuk kepada pakar untuk tindakan lanjut.

Sumber: NY Times Ncausa Org Grounds To Brew