Seiko kini kembali lagi dengan koleksi jam tangan baru yang dinamakan Seiko Presage. Ia adalah koleksi yang menggabungkan teknologi pembuatan jam tangan yang baik selain menampilkan seni pertukangan dan rekaan yang mendapat inspirasi dari filem animasi Jepun fantasi klasik iaitu Castle In The Sky.
Dengan penawaran rekaan yang diilhamkan filem animasi tersebut, jam tangan ini membawakan banyak elemen penting di setiap sudut reka bentuknya. Antaranya adalah logo kristal levitasi mistik loket pahlawan dihasilkan pada dail enamel, selain menampilkan nombor jam dalam angka Roman serta tali kulit yang menampakkan benang jahitan yang jelas melengkapkan suasana nostalgia untuk jam tangan edisi terhad ini.
Bercerita mengenai teknologi jam yang ditampilkan pula, Seiko Presage edisi terhad hadir versi terbaru gear pergerakan 6R35 berprestasi tinggi yang dinamakan Caliber 6R31. Seperti Caliber 6R35, pergerakan ini memberikan rizab kuasa 70 jam dan berkongsi atribut prestasi yang sama namun tiada paparan tarikh.
Untuk muka jam pula, ia menggunakan kaca kristal dengan lapisan anti-reflektif yang mampu memberikan keterbacaan tinggi dari sudut mana pun. Bahagian belakang pameran menunjukkan pergerakan yang baik. Bukan itu sahaja, jam tangan ini juga dikatakan mempunyai ketahanan air sehingga 10 bar.
Bagi anda yang berminat, koleksi jam tangan Seiko Presage edisi terhad ini boleh mula didapati di butik jam tangan Seiko di seluruh Malaysia yang mana terhad kepada 1,200 utas sahaja.