Carian
Apa Rahsia Roti Gardenia Gebu Dan Lembut Seperti Span?
July 15, 2021 Lina Rosli

Untuk menjadikan roti lembut, ia biasanya dihadiri dengan karbon dioksida yang dihasilkan oleh ragi dan air. Campuran ragi dan air akan bertukar menjadi wap dan terperangkap di dalam poket jaringan gluten sekaligus menyebabkan adunan mengembang.

Menurut perkongsian Gardenia, proses ini dilakukan secara automatik yang mana untuk setiap kali pembuatan roti, mereka akan menggunakan mesin bagi menetapkan kuantiti bahan yang diperlukan sebelum digaul sebati sebelum menghasilkan buku roti.


Proses Pembuatan Roti Gardenia

Terdapat beberapa proses yang dilakukan dalam menghasilkan roti Gardenia yang lembut ini.

Rahsia Pertama: Proses Penapaian

Antara proses utama dia adalah proses fermentasi atau penapaian. Sewaktu proses ini, adunan akan diletakkan di dalam bilik kawalan suhu dan kelembapan. Ia akan dibiarkan selama 4 jam bagi membiarkan karbon dioksida dapat dilepaskan pada paras maksima sehingga adunan dapat mengembang seperti span.

Mengapa suhu dan kelembapan perlu dikawal? Jawapannya adalah bagi mengelakkan adunan menjadi kering. Hal ini kerana, gluten memerlukan kelembapan untuk berehat dan meregangkan, membentuk struktur yang memerangkap udara yang menyebabkan kenaikan doh. Harus diingatkan, jika doh yang terlalu kering, ia tidak akan menjadi anjal dan mengembang dengan baik.

Selepas itu, pengilang akan campurkan kembali adunan span tadi dengan bahan tambahan seperti serbuk susu skim, malt, wheatgerm, madu dan lain-lain bergantung kepada jenis roti.

Rahsia Kedua: Proses Proofing

Satu lagi rahsia roti Gardenia menjadi gebu adalah sewaktu proses proofing. Dalam proses ini, kilang Gardenia sekali lagi akan membiarkan doh rehat dan kembang selama 10 minit. Proses proofing ini dilakukan bagi melihat ketahanan perkembangan doh. Selepas proofing, ragi tidak lagi dapat melepaskan karbon dioksida dan gluten tidak akan meregang untuk menahan gelembung udara.

Rahsia Ketiga: Proses Bakar Dan Sejuk

Akhir sekali, sewaktu di peringkat pembakaran pula, kilang Gardenia akan membakar roti dalam tempoh waktu sekitar 20 hingga minit pada suhu 200 darjah Celsius. Selepas selesai bakar, ia akan diletakkan di dalam tempat penyejuk sebelum ia mula dibungkus dan dihantar ke kedai runcit dan pasaraya berdekatan.


Jadi, bagi anda yang ingin mencuba rahsia ini, anda mungkin boleh melihat 3 proses utama ini dan cuba padankan dengan resipi membuat roti anda. Selamat mencuba.

Komen