Selepas pembukaan semula Isetan The Japan Store Lot 10 pada 9 Julai 2021 yang lalu, rangkaian Isetan ini telah memutuskan untuk menutup kedainya buat sementara waktu bermula 15 Julai 2021.

Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook Isetan The Japan Store KL, penutupan ini melibatkan kesemua kedai dan restoran mereka di The Table dan The Market. Bukan itu sahaja, ia juga dilihat turut tidak akan membuka dan menerima pesanan untuk dibawa pulang mahupun penghantaran terus ke rumah.


Di samping itu, di dalam perkongsian yang lain juga, Isetan The Japan Store di beberapa cawangan lain seperti di The Gardens Mall, KLCC, 1 Utama dan Pop-In By Isetan juga turut ditutup sejak 11 Julai yang lepas.

Setakat ini , tidak diketahui lagi bilakah operasi mereka akan dibuka semula dan masih lagi bergantung kepada keadaan semasa dan juga pelan operasi yang dikeluarkan kerajaan pada fasa PPN yang akan datang.