Carian
Tips Penggunaan Bronzer Dan Pemerah Pipi Dari Anastasia Beverly Hills
July 16, 2021 Lina Rosli

Anastasia Beverly Hills sebelum ini telah hadir dengan pelbagai pilihan kosmetik di pasaran.

Untuk tawaran terbaru mereka, jenama ini telah menambahkan dimensi pada penampilan solekan wanita masa kini dengan memperkenalkan Cream Bronzer dan Stick Blush yang baru.


Tidak dinafikan, pemilihan untuk bronzer dan juga pemerah pipi boleh dikatakan agak mencabar. Hal ini kerana, jika anda memilih warna yang tidak bersesuaian dengan warna kulit anda ia akan menjejaskan hasil akhir untuk solekan anda. Oleh itu, hari ini Tajria akan berkongsi dan membantu anda dalam menggunakan produk terbaru dari Anastasia Beverly Hills.

Cream Bronzer

Untuk variasi Cream Bronzer dari Anastasia Beverly Hills ini, ia menampilkan empat warna menarik iaity Sun Kissed, Amber, Golden Tan dan Caramel.


Melalui perbezaan warna yang ditampilkan, semestinya ia membantu anda menyesuaikan bronzer mengikut tona kulit anda. Malahan, Cream Bronzer ini juga tidak berminyak dab berkesan mencengkam kulit anda untuk warna yang tahan lama walaupun ketika berada di bawah panas terik musim panas.

Selain itu, ia turut hadir dengan kemasan semula jadi dan memberikan kesan matte pada hasil yang terakhir.

Cara Dan Tips Penggunaan Cream Bronzer
  • Sapukan cream bronzer ke kawasan yang ingin anda tambah kesan pencahayaan dan definisi seperti tulang pipi, mata, dahi, dan rahang.
  • Gunakan gerakan menekan untuk meletakkan warna dan sapukannya dalam gerakan bulat bagi memastikan krim tersebut menyatu dan meresap ke kulit.
  • Lanjutkan ke tahap seterusnya ke bahagian leher dan rahan. untuk penampilan yang penuh dengan sinar matahari.

Untuk tips penggunaan, semasa anda menyapukan bronzer ke kulit, anda boleh menggunakan span solekan yang lembut dan menggunakan teknik gerakan dari atas ke bawah jika anda memakainya di bahagian tulang pipi. Ia kerana bagi memberikan kesan definisi tulang yang lebih tinggi dan menarik.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mempelbagaikan penggunaan warna untuk penampilan yang lebih versatil.

Stick Blush

Sementara untuk variasi pemerah pipi pula, ia hadir dalam lima warna semula jadi untuk semua warna kulit yang dinamakan Pink Dahlia, Soft Rose, Latte, Peachy Keen dan Peach Caramel.

Formula krim ini ringan dan mudah untuk disapukan ke kulit selain warna yang ditampilkan kelihatan semula jadi dan berseri. Dengan intensiti yang mudah disesuaikan, anda boleh memberikan kemasan yang lancar dan kesan yang lebih eksotik kepada kulit.


Cara Dan Tips Penggunaan Stick Blusher
  • Sapukan Stick Blush ke tengah pipi secara langsung dalam kuantiti yang sedikit.
  • Kemudian sapi dan ratakan pemerah dengan gerakan ke atas menggunakan berus pemerah.
  • Blend atau ratakan warna sehingga anda mendapatkan intensiti yang diingini. 

Bagi anda tidak mempunyai berus, anda boleh menggunakan dengan hujung jari. Selain itu, jika anda mendapati warna blusher anda terlalu terang atau merah, anda boleh menambahkan bedak halus diatasnya bagi mengurangkan intensiti selain menjadikan pemerah pipi anda kekal lebih lama.

Komen