Carian
Diet Vegan Vs Diet Berasaskan Tumbuhan – Salah Faham Untuk Kedua-Dua Diet Ini
July 16, 2021 Lina Rosli

Adakah diet berasaskan tumbuhan sama dengan diet vegan?

Jawapannya tidak. Hal ini kerana, walaupun kedua-dua diet ini serupa, namun ia mempunyai cara atau pengambilan kumpulan makanan yang berbeza.

Untuk mengetahui lebih lanjut akan perbezaan bagi kedua-dua diet ini, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda mengenai definisi umum dan ciri-ciri utama bagi diet vegan dan juga diet berasaskan tumbuhan.


Apa Itu Diet Vegan?

Kebiasaannya untuk diet vegan atau anda yang perlu menjalani diet ini, jenis pemakanan yang perlu diamalkan adalah mengeluarkan semua produk atau makanan berasaskan haiwan.

Veganisme umumnya ditakrifkan sebagai hidup dengan cara yang tidak memakan, menggunakan, atau mengeksploitasi haiwan dalam apa jua keadaan.

Selain mengecualikan produk haiwan dari diet mereka, individu yang melabelkan diri mereka sebagai vegan biasanya menghindari membeli barang yang dibuat dari atau diuji pada haiwan.

Amalan ini juga merangkumi pakaian, produk penjagaan diri dan kesihatan serta barang-barang keperluan rumah. Bagi beberapa vegan, ini juga mungkin bermaksud menghindari ubat-ubatan atau imunisasi yang menggunakan produk sampingan haiwan atau telah diuji pada haiwan.


Mengapa Individu Vegan Akan Mengecualikan Produk Berasaskan Haiwan?

Untuk kebanyak vegan, mereka memilih gaya hidup ini kerana ia melihat kesan persekitaran termasuk keganasan terhadap haiwan selain bertujuan untuk mendapatkan faedah kesihatan apabila menukar keperluan harian merekan kepada produk atau makanan dari tumbuhan.

Adakah Diet Vegan Sihat?

Jawapannya bergantung kepada pengambilan jenis makanan anda.

Untuk pengetahuan anda, tidak semua diet vegan adalah berasaskan kepada makanan yang sihat. Diet vegan ini sebenarnya lebih memfokuskan kepada pengambilan produk yang menghindari produk haiwan tetapi masih lagi boleh mengambil jenis makanan proses berasaskan tumbuhan.

Sebagai contoh, jika anda seorang vegan dan mengambil sayuran proses atau sayuran dalam tin, ini tidak bermakna sayuran yang diambil tersebut adalah 100% sihat.

Apa Itu Diet Berasaskan Tumbuhan?

Secara umumnya, istilah diet berasaskan tumbuhan merujuk kepada individu yang mengambil atau makan makanan yang sepenuhnya atau kebanyakannya terdiri dari makanan tumbuhan.

Walau bagaimanapun, sebilangan orang mungkin menyebut diri mereka berasaskan tumbuhan dan masih memakan produk hasil haiwan tertentu seperti ikan, telur dan produk tenusu.

Selain itu, diet berasaskan tumbuhan juga menekankan makan makanan penuh atau whole-food yang bermaksud makanan tersebut hanya menjalani sedikit pemprosesan atau tidak menjalani sepenuhnya yang mana ia hampir sama dengan keadaan semula jadi.

Makanan berasaskan tumbuhan merangkumi:

  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
  • Kacang dan biji-bijian utuh seperti quinoa, farro, barley, oatmeal
  • Minyak berasaskan tumbuhan seperti minyak zaitun dan minyak kanola

Salah Faham Mengenai Diet Berasaskan Tumbuhan

Tidak semua makanan berasaskan tumbuhan sihat, banyak makanan olahan vegan mengandung gula, garam dan lemak tepu yang tinggi.

Hal ini kerana, terdapat segelintir produk sayuran dan buah-buahan yang diolah dan diproses yang mana jika bahan diproses dengan banyak, akan lebih banyak nutrien bermanfaat dapat dilenyapkan.

Sebagai contoh, kentang secara amnya adalah produk yang bebas dari lemak tepu atau kandungan yang berkolestrol tinggi jika ia dimakan secara asli. Namun, setelah diproses atau dijadikan sebagai kerepek ataupun kentang goreng, ia terus menjadi satu makanan yang tidak berkhasiat.

Adakah Seorang Individu Boleh Menjadi Vegan Dan Mengamalkan Diet Berasaskan Tumbuhan Dalam Satu Masa?

Ia boleh berlaku transisi atau perubahan dari vegan ke diet berasaskan tumbuhan ataupun sebaliknya.

Ada pendapat menyatakan, individu dengan diet berasaskan tumbuhan boleh perlahan-lahan beralih ke vegan dengan menghentikan pengambilan produk yang mempunyai haiwan.

Selain itu, individu vegan boleh menjadi lebih fleksibel dengan menyesuaikan pengambilan sesuatu produk yang umumnya dianggap selamat dan sihat tetapi memerlukan perencanaan dan perubahan gaya hidup di sekitar makanan yang dipilih. 

Sumber: Kidney Piedmont Forksoverknive Monday Campaigns

Komen