Facial fillers atau pengisi dermal merupakan bahan sintetik atau bahan semula jadi yang disuntik ke dalam tisu muka untuk mengurangkan penampilan kedutan dan juga penuaan pada kulit. Suntikan ini juga turut dikenali sebagai suntikan implan, pengisi kedutan dan pengisi tisu lembut.
Kebiasaannya, pengisi dermal ini akan diserap oleh kulit dan. Oleh itu, mereka menawarkan hasil sementara yang berlangsung dari beberapa bulan hingga beberapa tahun, bergantung pada produk dan individu.
Menurut Persatuan Pakar Bedah Plastik Amerika, 2.7 juta prosedur pengisi dermal dilakukan pada tahun 2017 sahaja, peningkatan sebanyak 3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Sementara di Malaysia pula, trend ini dilihat mula memuncak pada tahun 2019 yang lalu yang mana menurut Wiley Journal of Cosmetic Dermatology, kebanyak individu di Malaysia memilih untuk melakukan suntikan ini bagi mengekalkan penampilan awet muda, berseri atau mendapatkan wajah lebih menarik.

Apakah Jenis Pengisi Dermal Yang Terdapat Di Malaysia?
Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis pengisi dermal yang tersedia di pasaran iaitu:
Suntikan Pengisi Jangka Pendek
Jangka pendek merujuk kepada kesan sementara pengisi selepas suntikan. Bahan yang biasa digunakan adalah asid hyaluronik. Asid hyaluronik dihasilkan sebagai zarah halus tetapi terdapat variasi komposisi untuk tujuan suntikan dangkal atau lebih dalam.
Bahan ini akan bertahan sekitar 9 hingga 12 bulan dan selepas itu hyaluronik akan mula hancur. Kesan asid hyaluronik juga dapat dibalikkan oleh enzim yang disebut hyaluronidase. Oleh itu, suntikan berulang akan dilakukan yang mana memerlukan individu kembali ke klinik untuk mendapatkan rawatan dermal seterusnya bagi mencapai kesan yang diinginkan.
Suntikan Pengisi Kekal
Sementara untuk jenis kekal pula, ia menggunakan bahan seperti kalsium hidroksiapatit, polimetil metakrilat dan silikon.
Bahan-bahan ini apabila disuntik di bawah kulit akan kekal selama-lamanya. Pembuangan pembedahan juga sangat sukar kerana bahannya akan melekat pada kulit.
Di manakan bahagian muka yang sering disuntik oleh individu?
Pengisi dermal yang paling biasa digunakan atau dilakukan oleh kebanyakan individu adalah:
- Palung pemedih mata
- Lipatan Hidung ( nasolabial folds )
- Sudut mulut
- Garisan Marionette
- Pipi
- Bibir
- Dagu
- Hidung
Pengisi dermal umumnya mempunyai dua cara suntikan iaitu melibatkan penambahan kuantiti tisu dalam kulit dan juga stimulator.
Penambahan kuantiti tisu atau volumizers adalah pengisi sementara yang menambah isi ke kawasan apabila disuntik yang mana biasanya ia akan menjadi kurang dari masa ke masa dan perlu diulang rawatan. Untuk suntikan ini, ia biasanya melibatkan suntikan seperti pengisi asid hyaluronik.
Manakala untuk stimulator, ia adalah bahan yang lebih kekal yang merangsang fibroblast di bawah dermis dan mempromosikan pembentukan kolagen. Kebanyakan pengisi jatuh ke dalam salah satu kategori dan bilangan prosedur yang diperlukan bergantung pada jenis rawatan.

Apakah Kesan Rawatan Kosmetik Ini Untuk Jangka Masa Panjang?
Disebabkan ia melibatkan penambahan pengisi ke dalam dermis atau bahagian kulit, ia sudah tentu akan mengganggu kitaran pertumbuhan tisu dan kolagen semula jadi dalam tubuh.
Kebanyakan pengisi dermal ini dikatakan boleh bertahan sekitar 6 hingga 18 bulan, namun sebenarnya untuk beberapa kes, ia turut boleh mengakibatkan pengisi tersebut kekal untuk tempoh yang lebih lama iaitu sekitar 10 tahun.
Menuru Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong pada sesi temubual bersama The Star, terdapat 10 kes rawatan komestik yang melibatakan pengisi dermal yang rosak sejak 2013. Ia berikutan ia mungkin disebabkan oleh penerimaan rawatan dari doktor tanpa lesen dan juga kurangnya pengetahuan tentang jenis pengisi yang diterima atau dicadangkan oleh klinik yang dipilih.
Disebakan terdapat pelbagai jenis pengisi dermal yang ada di pasaran, makanya anda perlu mengetahui apakah rawatan yang bersesuaian mengikut keadaan kulit anda dan pembentukan kedutan pada kulit. Sekiranya tidak, ia boleh menyebabkan gangguan pada kulit sekaligus boleh menyebabkan kulit anda kelihatan bengkak apabila tempoh rawatan telah tamat.

Mengapa Anda Perlu Mengelakkan Dari Mendapatkan Rawatan Pengisi Dermal?
Berikut adalah beberapa risiko atau kesan jangka pendek dan jangka panjang yang boleh dialami oleh pelaku pengisi dermal:
Pertama, anda akan mendapati bahawa kulit anda akan kelihatan merah, bengkak dan meradang. Ada segelintir kes ia akan mengaktifkan penumbuhan jerawat, gatal-gatal dan ruam.
Kedua, bagi and ayang mempunyai alahan atau alergi, ia mungkin boleh menyebakan gangguan pada salur darah sehingga boleh menyebabkan pendarahan.
Bukan itu sahaj, ia juga tidak selamat digunakan untuk para ibu yang mengandung dan menyusukan anda. Ia keranan suntikan ini mengandungi beberapa bahan kimia yang tidak sesuai untuk hormon tubuh.
Akhir sekali, untuk jangka masa panjang juga, ia boleh menyebabkan kesan parut, keloid dan juga pertumbuhan tisu parut.