Selepas membeli barangan keperluan seperti makanan dan barang runcit, anda disarankan untuk membersihkannya sebagai langkah penjagaan kebersihan yang baik.

Hal ini kerana, jika anda lihat di pasaraya, pasti ramai orang sudah memegang sesuatu plastik bungkusan dan barang-barangan yang beradi di rak sebelum membelinya.

Oleh itu, anda perlu mengambil langkah penjagaan tambahan ketika mengendalikan bahan makanan anda untuk mengelakkan penyebaran virus kepada orang lain dan di sekitar kawasan rumah anda.

Berikut adalah tiga yang boleh anda praktikkan sewaktu membersihkan barang runcit:

  1. Untuk buah-buahan dan sayuran, gosok dan basuh menggunakan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat. Pastikan anda bilas sabun yang terlekat di permukaan dengan bersih bagi mengelakkan masalah pencernaan.
  2. Lap semua tin atau plastik pembungkus dengan disinfectant wipes sebelum meletakkan barangan runcit di peti sejuk atau rak makanan anda. Anda juga boleh membuang plastik dan bungkusan makanan dengan memindahkan makanan ke dalam beg plastik atau bekas yang bersih.
  3. Sekiranya anda menggunakan beg kain, cuci dengan sabun pencuci di mesin basuh dan keringkan dengan teliti sebelum menggunakannya semula.

Bagi mengelakkan jangkitan terhadap diri anda, sentuh atau pegang barang yang anda hendak beli, lap bakul dan bahagian pemegang dengan disinfectant wipes dan cuci tangan apabila selesai. Jika anda menggunakan sarung tangan, pastikan anda menukarnya setiap kali melakukan sesuatu perkara dan membuangnya di bekas atau tong yang tertutup bagi mengelakkan penyebaran virus.