Carian
Adakah Anda Memasang Kapasiti Berlebihan Pada Soket Rumah Anda?
July 21, 2021 Lina Rosli

Beban litar elektrik yang berlebihan adalah penyebab utama litar pintas dan boleh mengakibatkan kebakaran. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda sentiasa berjaga-jaga dengan tanda-tanda amaran penggunaan yang berlebihan dan mengetahui cara menguruskan penggunaan elektrik rumah anda.

Salah satu tanda yang jelas mengenai beban berlebihan adalah pemutus litar akan berlaku ciciran (circuit trips). Kekerapan ciciran berpotensi mengakibatkan muatan elektrik akan memanaskan penebat kabel dan mula menyalakan api.


Apakah Penyebab Berlaku Ciciran Litar?

Secara umumnya, litar elektrik merangkumi pendawaian dan juga pemutus litar.

Melalui litar ini, elektrik akan disambungkan ke outlet seperti perkakas. Jadi, semakin banyak perkakas yang dipasang, maka semakin tinggi juga penggunaan daya sekaligus akan meningkatkan beban keseluruhan pada litar.

Selain itu, litar juga hanya boleh menahan jumlah elektrik yang terhad. Jadi, untuk memastikan keselamatan litar, anda perlu mengehad dan menyusun jumlah perkakas yang akan diletakkan disesuatu tempat bagi mengelakkan penggunaan elektrik yang tinggi.

Untuk mengetahui jika sesuatu suis mempunyai penggunaan kapasiti elektrik yang tinggi, anda akan mendapati:

  • Lampu kelihatan malap terutamanya jika anda menghidupkan perkakas atau lampu yang banyak pada satu masa.
  • Bunyi suis berdengung.
  • Bau terbakar dari outlet atau suis.
  • Palam atau alur hangus.
  • Alat kuasa, perkakas atau alat elektronik yang biasanya digunakan seperti tidak mempunyai kuasa yang mencukupi.

Walau bagaimana, terdapat juga keadaan yang mana bunyi berdengung, bau seperti terbakar dan alat perkakas menjadi sangat panas adalah disebabkan masalah pendawaian lain seperti sambungan longgar atau litar pintas.

Sekiranya ada masalah ini berterusan setelah anda mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan litar berlebihan, hubungi juruelektrik.

Bagaimana Untuk Mengelakkan Penggunaan Elektrik Yang Tinggi Pada Satu Litar

Langkah pertama untuk mengelakkan penggunaan litar elektrik berlebihan adalah untuk mengetahui litar mana yang memberi kuasa kepada peranti mana.

Apabila anda memetakan susun atur litar asas, anda dapat mengira penilaian beban selamat setiap litar untuk mengetahui berapa banyak peralatan yang dapat dikendalikan pada litar tersebut.

Contohnya, jika lampu dapur anda kelihatan malap ketika menghidupkan ketuhar atau periuk nasi, maka kapasiti elektrik itu berkemungkinan tinggi dan anda tidak boleh meletakkan kedua-dua perkakas ini di tempat yang sama. 

Anda juga perlu mengetahui perkakas mana yang menggunakan voltan yang tinggi. Antara perkakas dengan penggunaan voltan tinggi adalah perlatan yang berkaitan pemanas seperti pemanas air, ketuhar dan pengering pakaian.


Selain itu,  terdapat beberapa cara lain untuk mengelakkan penggunaan elektrik yang tinggi pada satu litar:

  • Elak daripada memasang kabel elektrik atau extension secara kekal. Hal ini kerana, kabel tersebut hanya direka untuk penggunaan jangka pendek dan tidak boleh dipasang sebagai kabel kekal.
  • Pastikan anda tidak menggunakan kabel sambungan untuk perkakas yang memanas.
  • Periksa setiap sambungan suis di rumah. Pastikan ia tidak lebih dari satu alat penghasil haba ke soket pada satu masa.

Jika anda mendapati lampu atau perkakas anda masih berkelip selepas membuat pemetaan litar. Ia mungkin terdapat masalah pada pendawaian rumah anda. Oleh itu, anda perlu meminta juruteknik untuk melakukan pemeriksaan pendawaian dan memeriksa kabel yang perlu dinaik-taraf.

Komen