Carian
KFC Burger Banjir – Menampilkan Kepingan Ayam Yang Disaluti Sos BBQ Salai Leleh
July 21, 2021 Lina Rosli

Untuk bulan Julai ini, KFC nampaknya memperkenalkan burger baharu iaitu KFC Burger Banjir.

Menurut KFC, menu ini menggunakan burger kegemaran ramai iaitu KFC Zinger Hot & Spicy yang ditambah dengan sos baharu iaitu Sos BBQ Salai.


Seperti kebanyakan filet ayam yang lain, ia juga hadir dengan tekstur ayam yang pedas, berjus dan rangup yang sememangnya sangat menggamit selera. Sementara untuk sos burger pula, ia akan disediakan dengan cara dicelup dan disaluti terus pada kepingan ayam.

Melengkapkan burger adalah lapisan mayonis, salad cincang segar dan juga kepingan ban bijan.

Bercerita lanjut mengenai KFC Burger Banjir ini, seperti yang dikatakan pada namanya iaitu BBQ Salai, ia dikatakan menawarkan rasa smoky dan pedas yang mana sangat sesuai bagi anda yang menggemari hidangan yang terasa seperti dipanggang di atas dapur arang. 


Oleh itu, bagi anda yang berminat, KFC Burger Banjir ini boleh didapati di menu KFC bermula 22 Julai ini untuk pelanggan KFC di seluruh Malaysia kecuali Sabah yang mana akan mula ditawarkan mulai 28 Julai 2021 kelak.

Sementara, untuk harga jualan pula adalah bermula RM12.49. Antara set yang ditawarkan adalah burger À la Carte, set Kombo, set Box Meal dan juga set Kombo Aneka
yang mengandungi 2 KFC Burger Banjir, 6-ketul nuget dan Cheezy Wedges.

Di samping itu juga, untuk anda yang ingin membuat pesanan untuk KFC Burger Banjir melalui aplikasi KFC Malaysia ataupun laman web rasmi KFC, anda boleh menggunakan kod promo Banjir dan menerima diskaun 10% untuk setiap transaksi. Jika anda penggemar GrabFood dan FoodPanda pula, anda boleh menggunakan kupon tertentu untuk mendapatkan penjimatan.

Komen