Secara umumnya, tahi lalat merupakan salah satu tanda pada kulit yang dipanggil sebagai beauty mark. Manakala dalam istilah perubatan pula ia dikenali sebagai nevus melanositik.
Tahi lalat boleh hadir untuk kebanyakan individu tidak kira kanak-kanak atau dewasa. Ia mungkin hadir dalam pelbagai warna seperti coklat, hitam, merah, hijau dan juga ungu. Sementara dari segi saiz pula, sebilangan besar tahi lalat lebih kecil daripada saiz pemadam pada belakang batang pensil iaitu sekitar 1/2 inci.

Menurut American Academy of Dermatology Association, sebilangan individu boleh mempunyai sekitar 10 hingga 40 tahi lalat pada kulit mereka.
Kebiasaannya, tahi lalat akan tumbuh di kulit sejak dari kanak-kanak dan remaja. Apabila tahi lalat ini telah lama muncul, ia akan menjadi lebih gelap dan lebih jelas disebabkan oleh pendedahan cahaya matahari.
Tahi lalat boleh terjadi di mana sahaja pada kulit termasuk kulit kepala, telinga, kelopak mata, bibir, telapak tangan, tapak kaki dan lain-lain kawasan kulit.
Adakah Tahi Lalat Boleh Menjadi Sesuatu yang Berbahaya?
Bagi orang dewasa, tahi lalat baru muncul ataupun tahi lalat sedia ada didapati mempunyai perubahan yang ketara berbanding pertama kali ia tumbuh, berkemungkinan besar ia boleh bertukar menjadi tanda melanoma.
Apa itu tanda melanoma? Melanoma adalah sejenis kanser kulit yang berkembang ketika melanosit ataupun sel-sel yang memberikan kulit warna mula tumbuh di luar kawalan. Keadaaan ini boleh bermula apabila sel-sel di dalam badan mula tumbuh di luar kawalan.
Berikut adalah tiga fakta yang dapat membantu anda mengenalpasti melanoma lebih awal dan mendapatkan rawatan:
- Perubahan pada tahi lalat atau tahi lalat baru selalunya merupakan tanda pertama melanoma
- Sekiranya anda melihat tahi lalat baru mula tumbuh dan ia berasa gatal atau lebih terus boleh mengakibatkan pendarahan maka ia adalah tanda melanoma. Oleh itu, anda perlu segera buat temu janji untuk berjumpa dengan pakar dermatologi

Berdasarkan kaedah yang dikongsikan WebMD pula, individu boleh memeriksa tahi lalat ini menggunakan kaedah ABCDE, iaitu:
- Asimetri. Jika anda melihat tahi lalat anda tidak membentuk bulat seperti tanda yang lain, ia berkemungkinan besar adalah tanda melanoma.
- Border (garisan). Selain itu, bentuk atau garisan bulatan tahi lalat yang tumbuh adalah tidak rata, kabur dan tidak teratur
- Color (warna). Warna tahi lalat tidak sama atau mempunyai warna tan, coklat, hitam, biru, putih atau merah.
- Diameter. Hadir dalam saiz yang lebih besar berbanding saiz pemadam pensil.
- Evolusi. Tahi lalat berubah dari segi ukuran, bentuk dan warna.
Jadi, jika anda tidak mempunyai gejala ini, maka ia adalah tanda tahi lalt yang biasa. Namun, sekiranya anda mendapati terdapat kesusahan atau kesukaran dalam melakukan aktiviti akibat tahi lalt tersebut, makanya anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar dermatologi dan mengetahui tindakan lanjut yang dicadangkan.
Sumber: Medicine Net WebMD AAD Organization