Pendidikan dan pengalaman dalam mengurus anak-anak dan keluarga adalah sesuatu yang penting bagi seseorang wanita.
Bermula daripada awal perkahwinan, kemudian masuk pula ke fasa kehamilan dan mula menjadi seorang ibu dalam sebuah keluarga bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini kerana, kemahiran keibubapaan merangkumi banyak ketekalan dan rutin bagi memastikan anak-anak memiliki disiplin dan perkembangan mental dan fizikal yang baik sejak dari usia 1 hari.

Oleh itu, bagi mendapatkan maklumat terbaik dari awal, Nuren Group hadir dengan dua platform untuk para ibu meneroka dan menambahbaik pengetahuan mereka dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk kandungan mengenai panduan dalam kehidupan seperti kehamilan dan keibuan.
Motherhood.com.my dan Kelabmama.com adalah dua platform yang boleh anda lawati dan sesuai bagi para wanita mendapatkan dan mencari maklumat berguna sepanjang tempoh kehamilan mereka dan perjalanan seterusnya menjadi seorang ibu.

Menurut pengasas Nuren Group, Petrina Goh, kedua-dua platform ini ditampilkan bagi mempermudahkan para wanita untuk mengakses jawapan dan maklumat yang relevan mengenai isu-isu umum yang berkaitan dengan perjalanan wanita dalam hidup sambil melakukan pertukaran idea dan pengalaman yang sahih untuk sesuatu isu.
Di samping itu, kedua-dua platform ini juga dibina bagi tujuan membantu para ibu menemui dan membeli produk yang boleh dipercayai dan praktikal untuk kehidupan seharian mereka menerusi senarai vendor dan perkhidmatan yang dikumpulkan oleh Nuren Group.

Untuk pengetahuan anda, Motherhood.com.my adalah platform kandungan dan edagang hibrid yang menguruskan maklumat dan informasi yang relevan untuk ibu dan bakal ibu selain menampilkan servis edagang untuk jenama mempamerkan pelbagai produk berkaitan bayi dan ibu bapa yang terdapat di Malaysia supaya wanita dapat melalui konsepsi, kehamilan dan keibubapaan dengan lebih lancar.
Melaluinya, para wanita boleh mendaftar dan mendapat pelbagai faedah apabila mereka mendaftar keahlian eksklusif dengan New Mom Privileges, Superkids Club, MamaCuba Try, atau Ibuencer.com.
Selain itu, menerusi New Mom Privileges juga, ia membolehkan ibu hamil dan ibu baru menikmati diskaun 50% untuk kelas keibubapaan dalam talian untuk membantu mempersiapkan mereka untuk perjalanan kehamilan mereka, baucar membeli-belah percuma dan diskaun eksklusif, cabutan bertuah dan sampel produk percuma.
Terdapat pelbagai keistimewaan yang boleh anda terokai di kedua-kedua platform ini sebelum melangkah lebih jauh dalam dunia keibubapaan. Semoga ia bermanfaat dan membantu anda mengurus anak dan keluarga dengan lebih baik.