Jika untuk denim atau jeans, biasanya ia tidak memerlukan anda mencucinya terlalu kerap. Ia disebabkan jika anda mencucinya terlalu kerap, ia akan membuatkan warna jeans menjadi luntur dan mudah reput.
Namun, ia bukan alasan untuk anda untuk tidak membasuh jeans anda. Anda disarankan untuk meletakkan seluar jeans ke dalam cucian selepas 3 kali memakainya. Jika terdapat kotoran kecil pada jeans anda, anda boleh membersihkannya dengan menggunakan kain lembap atau berus gigi lembut.
Ketahui Pakaian Mana Yang Perlu Dicuci Setiap Kali Lepas Pakai Dan Sebaliknya
Untuk pengetahuan anda, sebarang pakaian yang dipakai pada badan yang mana ia terkena terus pada kulit anda, ia hendaklah dibasuh setiap kali dipakai.
Hal ini kerana, pakaian yang ketat seperti baju tidur, tshirt, kemeja, pakaian dalam dan leggings lebih cenderung dalam mengumpulkan sel kulit mati dan bakteria dari kulit anda.
Bakteria ini akan kekal di atas pakaian dan boleh membiak dan berkembang sehinggalah anda mula mencuci pakaian anda. Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, maka tabiat mencuci setiap hari adalah wajib dan perlu dipraktikan bagi mengelakkan ruam, kerengsaan kulit dan jangkitan boleh bermula.
Bukan itu sahaja, untuk anda yang selalu berada di luar, adalah amat penting untuk anda menjaga kebersihan pakaian anda. Lebih-lebih lagi sewaktu pandemik ini, anda seharusnya perlu lebih kerap mencuci pakaian bagi mengurangkan risiko penularan virus berlaku.
Mengapa Perlu Mencuci Pakaian?
Sebilangan bakteria yang melekat pada pakaian boleh menyebabkan bau. Bau ini biasanya tidak dapat dikesan sebaik sahaja dipakai.
Namun, jika pakaian kotor dipakai dan ditinggalkan lama tanpa mencucinya bakteria ini akan mula berkembang dan akhirnya menjadikan bau busuk menjadi berlipat ganda. Ia paling mudah terjadi pada jenis fabrik sintetik kerana bahan sintetik menggunakan serat berongga yang menyerap kelembapan seperti peluh pada badan sekaligus menjadi lebih cepat berbau berbanding fabrik lain.
Oleh sebab itu, walaupun anda merasakan anda hanya memakai pakain tersebut pada jangka masa yang pendek sahaja, namun kadar pertumbuhan bakteria dan penyerapan peluh tetap akan ada pada badan sekaligus akan melekat pada pakaian anda.